Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Merempat selepas kena halau

image

 

 

PELABUHAN KLANG - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah gambaran bagi sebuah keluarga yang terpaksa tinggal di sebuah wakaf di taman permainan Pangsapuri Bestari Sri Perantau.

 

 Setiausaha Persatuan Penduduk, Pangsapuri Bestari Sri Perantau, Ahmad Abu berkata, keluarga terdiri daripada ibu dan lima anak itu terpaksa bermalam di wakaf taman permainan di sini sejak Rabu lalu.

 

 Menurutnya, mereka dihalau dari rumah sendiri di salah sebuah blok pangsapuri itu,  malah suami mangsa bertindak ganas memukul isterinya menggunakan topi keledar sehingga menyebabkan muka bengkak.

 

“Bukan itu sahaja, suaminya yang kaki botol turut memukul anak bongsu mereka sehingga menyebabkan luka teruk di bahagian muka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

 

 Ketika Sinar Harian membuat tinjauan, anak-beranak itu tiada di wakaf tetapi mereka meninggalkan baju dan barang keperluan di satu sudut di bawah bangunan pangsapuri tersebut.

 

 Menurut Ahmad lagi, mereka sekeluarga sebelum ini telah mendapat perlindungan daripada penduduk, malah polis juga dipanggil untuk meleraikan pergaduhan suami isteri berkenaan.

 

“Selepas itu macam tak ada apa-apa perubahan daripada suaminya. Malah lebih teruk mangsa diugut bunuh. Mereka juga tak ada arah tujuan sebab tak ada wang selain tak bekerja," katanya.

 

 Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan, Othman Ibrahim berkata, pihak penduduk juga bimbang dengan keselamatan keluarga ini kerana mereka membakar kotak telur sebagai penghalau nyamuk.

 

“Kami juga bimbang sekiranya berlaku kebakaran berikutan mereka membakar kotak telur dalam keadaan cuaca panas yang boleh menyebabkan kebakaran.

 

“Oleh itu, kami berharap pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau NGO dapat membantu menyelesaikan masalah keluarga ini," katanya.

 

 Tambahnya, setakat ini penduduk hanya dapat membantu memberi makan dan minum dan berharap pihak berwajib mengambil tindakan secepat mungkin.


Kemaskini pada 2016-05-20 13:35:06 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page