|
|
BANTING, 7 March 2014 – Seorang kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan treler di kilometer 17.5 Lebuh raya Elite arah utara berhampiran Saujana Putra, kira-kira 4.50 petang, semalam. Mangsa Norhamizan Remeli, 28, yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda dikatakan merempuh bahagian belakang treler berkenaan yang berhenti di lorong kecemasan selepas tayarnya pancit. Sumber polis memaklumkan, mangsa maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. “Mangsa bekerja di Jakim Putrajaya, dan kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Sri Indah B, Sungai Buloh,” katanya. Treler berkenaan difahamkan dalam perjalanan menghantar barang ke Pelabuhan Klang. Pemandu treler berusia 37 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Banting bedah siasat dan kes disiasat dibawa Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
|
Kemaskini pada 2016-05-20 13:34:28 daripada Admin ICT