Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Longkang 'disumbat' sampah

image

  PELABUHAN KLANG, 9 Mac 2014 - “Longkang tak pernah diselia, tersumbat dan jadi tempat pembiakan nyamuk aedes, kami bimbang nyawa kami akan terancam,” demikian keluhan seorang kontraktor, Zamani Hassan, 52, penduduk Taman Fasa Empat, Bandar Sultan Sulaiman di sini.

Zamani mendakwa sudah hampir dua tahun longkang tersebut tidak diselia dan sampah-sarap sudah memenuhinya sehingga tersumbat.

Menurutnya, apabila hujan lebat, air laut akan memasuki kolam tambatan banjir dan air dari kolam akan mengalir ke longkang ini dengan membawa sekali sampah-sarap yang dibuang dari muara sungai.

“Sebenarnya, dulu ada pagar di kolam itu yang jadi penyekat sampah-sarap dari memasuki longkang, tapi kena curi pihak tidak bertanggungjawab.

"Longkang yang tersumbat ini jadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan dah hampir 10 penduduk taman ini dijangkiti deman denggi," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya lagi, setiap malam penduduk tidak dapat tidur lena berikutan nyamuk terlalu banyak dan terpaksa menyembur racun serangga.

Dakwa Zamani lagi, hal ini telah diadukan ke Bahagian Kejuruteraan Majlis Perbandaran Klang (MPK), namun belum ada tindakan diambil setakat ini.

"Kontraktor yang bertanggungjawab juga hanya mengutip sampah basah tiga kali seminggu tapi tak menyelenggara longkang yang tersumbat," katanya.

Dalam pada itu, hal ini juga menerima reaksi daripada Pegawai Pusat Khidmat Rakyat, Dun Sementa, Cawangan Bandar Sultan Sulaiman, Rozuan Mohd Nordin yang turut serta meninjau kawasan terbabit.

“Saya mewakili penduduk Taman Fasa Empat, meminta pihak yang bertanggungjawab datang pantau dan ambil tindakan yang sewajarnya secepat mungkin supaya tiada nyawa yang akan dipertaruhkan hanya disebabkan longkang tersumbat sahaja,” katanya.

Kemaskini pada 2016-05-20 13:34:42 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page