Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Rampas senapang atas kerusi kereta

image

 

KLANG SELATAN, 6 April 2014 - Polis merampas selaras senapang jenis 'shot gun 12 bore semi auto browning' serta 25 butir peluru dalam Op Cantas khas yang dijalankan serentak di beberapa lokasi, di sini, sejak tengah malam, kelmarin.

 

Dalam operasi selama lima jam itu, pemeriksaan ditumpukan terhadap individu dan kenderaan melalui sekatan jalan raya di kawasan Jalan Banting/Klang, Jalan Kota Pendamar, Jalan Sg Jati, Persiaran Raja Muda Musa, Taman Sentosa dan Pulau Indah/Bukit Tinggi.

 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, rampasan ke atas senapang itu dibuat dalam satu sekatan yang dijalankan di Bukit Tinggi.

 

Beliau berkata, hanya senjata api yang dirampas dan tiada penahanan dibuat.

 

"Siasatan dapati pemilik senjata api berusia 60-an itu mempunyai lesen sah. Bagaimanapun ketika diperiksa senjata api itu diletakkan secara terbuka atas kerusi dalam kereta.

 

"Kita terpaksa rampas senjata api terbabit kerana pemiliknya gagal menyimpan dengan baik," katanya, semalam.

 

Kemaskini pada 2016-05-20 13:31:46 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page