Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

11 tahun guna kabin untuk solat

image

 

BANTING, 7 April 2014  - “Tak sabar tunggu surau baru,” Demikian luahan penduduk Bandar Sungai Emas yang gembira kerana bakal menerima sebuah surau bernilai RM300,000 dalam tempoh kurang setahun lagi.

 

Pengerusi Surau As Salam, Raduan Mohd Saad, 47, berkata, penduduk tidak sabar untuk menerima surau berkenaan selepas pihak pemaju bersetuju menyalurkan peruntukan sebanyak 30 peratus daripada pembinaan membina surau itu.

 

Menurutnya, selepas mengadakan perbincangan dengan pihak pemaju, pihak berkenaan berjanji memberi dana membina surau dimulai dengan proses memasang cerucuk pada hari esok (7 April).

 

“Perjanjian itu bakal memberi keselesaan kepada penduduk terutama kariah surau yang terpaksa guna kabin sejak 11 tahun lalu.

 

“Penduduk juga harap dapat memanfaatkan surau yang lebih luas dan selesa itu yang dijangka boleh memuatkan seramai 500 jemaah,” katanya selepas simbolik Majlis Pecah Tanah Projek Bina Surau As Salam di Bandar Sungai Emas, semalam.

 

Raduan berkata, sebelum ini pelbagai masalah timbul terutama Ramadan kerana ruang kabin tidak mencukupi sehingga penduduk terpaksa menyewa khemah bagi menerima limpahan kariah yang ingin menunaikan solat terawih.

 

“Memang kami pada mulanya tak kisah tapi lepas ramai penduduk buat permohonan yang sama, saya kena segerakan.

 

“Hasilnya, hari ini (semalam) pihak pemaju setuju dan hanya tinggal mendapat bantuan zakat sahaja selepas ini,” katanya.

 

Hanya muat 80 jemaah

 

Seorang penduduk, Isa Yahya, 47, berkata, mulai tahun depan, penduduk di sini tidak perlu lagi bersesak menunaikan solat dan boleh mengadakan majlis keagamaan di surau baharu.

 

“Walaupun dah ada kabin yang terpaksa dibeli dengan harga RM11,000 semata-mata untuk jadikan surau, jemaah masih lagi tak selesa sebab kabin hanya boleh muatkan tidak lebih daripada 50 ke 80 jemaah sahaja.

 

“Bayangkan, orang luar datang rumah kami dan mereka nak guna surau kabin yang sempit itu.

 

"Tapi lepas dengar dah dapat peruntukan baru ini memang kami lega sangatlah,” katanya.

 

Mohd Fared Saadon, 35, pula berkata, dengan adanya surau itu memberi peluang kepada penduduk untuk mengimarahkan surau.

 

"Kalau sebelum ini penduduk terpaksa cari surau lain sebab dah tak muat dekat sini, tapi lepas ini dah tak ada masalah lagilah.

 

“Saya pun harap penduduk dapat sama-sama jaga surau baru ini dan dapat galakkan lagi anak muda datang untuk berjemaah di surau,” katanya.

 

Terima pelbagai dana

 

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, surau terbabit juga menerima pelbagai sumbangan daripada syarikat korporat dan individu.

 

“Dengan pembinaan surau ini, penduduk boleh mengeratkan silaturahim serta menambahkan lagi ilmu dengan menggunakan bahan ilmiah yang disumbangkan.

 

“Saya harap bila siapnya surau ini kelak, ia tidak dijadikan medan untuk berpolitik dan saya memohon kepada ahli kariah untuk sama-sama mengimarahkan surau baru ini kelak,” katanya.

 

Sebelum ini Sinar Harian pernah melaporkan permohonan penduduk untuk memiliki sebuah surau yang selesa namun hanya mampu mendirikan sebuah kabin bagi menempatkan jemaah untuk bersolat.


Kemaskini pada 2016-05-20 13:31:37 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page