Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Anak beranak antara suspek ditahan

image

 

BANTING, 8 April 2014  - Seorang bapa bersama dua orang anak lelakinya antara tujuh suspek ditahan terlibat aktiviti mencuri dan meleraikan komponen motosikal di sekitar Kuala Langat sejak dua tahun lalu.

 

Kira-kira jam 1.30 petang Sabtu lalu, sepasukan polis berjaya menumpaskan dua rakan sejenayah terbabit yang aktif mencuri motosikal di beberapa kawasan sekitar di sebuah rumah terbiar di Permatang Pasir.

 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azman Abdul Razak berkata, berikutan tertangkapnya dua suspek berkenaan pihaknya berjaya menahan lima lagi suspek di sebuah bengkel di Pekan Chodoi termasuk geng anak-beranak yang seorang daripadanya masih bersekolah di Tingkatan Empat di sebuah sekolah di sini.

 

Menurutnya, suspek berusia lingkungan umur 14 hingga 51 tahun itu ditahan selepas menemui beberapa komponen motosikal yang sudah dileraikan termasuk tujuh ‘perumah enjin motosikal’ dan dua buah rangka motosikal jenis Honda EX5 yang dijumpai di Pulau Nyatuh, Permatang Pasir dan sebuah lagi rangka motosikal jenis sama di dalam sebuah parit di Jalan Sungai Ingat.

 

“Hasil siasatan mendapati, seorang daripada suspek itu dipercayai terlibat aktiviti mencuri motosikal yang dilaporkan hilang pada tahun ini,” katanya dalam Sidang Media di IPD Kuala Langat, semalam.

 

Azman berkata, beliau percaya mereka yang terlibat merupakan pembeli dan menjadi orang tengah dalam urusan jual beli kenderaan dan komponen curi tersebut.

 

Katanya, siasatan mendapati kumpulan penjenayah terbabit telah aktif melakukan kegiatan curi, lerai dan jual motosikal samun sejak 2012.

 

“Kegiatan mereka bagaimanapun, terbongkar apabila pasukan polis mengadakan risikan terhadap aktiviti bengkel yang terlibat. Kesemua suspek turut dipercayai mekanik yang bekerja di bengkel berkenaan dan geng anak-beranak antara yang dipercayai terlibat sama," katanya sambil memberitahu sindiket ini menyasarkan mencuri motosikal jenis Honda EX5 yang diletak di tempat-tempat letak motosikal awam.

 

“Kenderaan curi ini dipercayai dibeli dengan harga serendah RM200 dan kemudian komponen-komponen yang dileraikannya dijual kepada pembeli-pembeli di kawasan sekitar dengan mendapat keuntungan sehingga mencecah RM4,000.

 

“Modus operandi penjenayah ini ialah mengagihkan beberapa tugas kepada ahli kumpulannya seperti mencari sasaran lokasi mencuri, pembeli dan tukang lerai komponen motosikal untuk dijual,” katanya.

 

Dalam pada itu, Azman berkata pihaknya akan menggerakkan operasi memantau aktiviti bengkel-bengkel kenderaan supaya tidak melakukan aktiviti menyalahi undang undang.

 

Katanya, kesemua suspek direman sehingga 8 April ini, untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan.


Kemaskini pada 2016-05-20 13:31:22 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page