Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Kecewa kad pesara ATM dimiliki tidak diterima

image
KLANG, 3 JUN 2014 - Seorang pesara tentera tidak berpencen kesal kerana kad pesaranya tidak diterima di kaunter bayaran sebuah hospital kerajaan menyebabkan dia terpaksa membayar secara tunai.

 Abdul Rahman Yusof, 47, terpaksa membayar RM5 bagi setiap rawatan yang dibuat.

“Sebelum ini bila tunjuk kad di kaunter hospital, saya tak perlu bayar apa-apa...percuma.

"Pada 27 Mei lalu, semasa mendaftar bayi saya yang baru lahir beberapa bulan lalu untuk tujuan rawatan, saya dan isteri terkejut bila dikenakan bayaran,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

 Dia yang kini bekerja sebagai pemandu lori berkata, pendapatannya kecil dan terpaksa menyara tujuh anak yang berusia tiga bulan hingga 18 tahun.

Bayaran yang dikenakan itu membebankan kerana akan ada lagi beberapa temu janji bayi dan isterinya perlu dilakukan di hospital kerajaan itu.

 “Anak saya ada masalah kesihatan mata, saluran hidung dan otak. Jadi memang kena kerap ke hospital,” katanya.

 Sebagai pihak yang mewakili pesara tentera tidak berpencen, dia meminta Kementerian Pertahanan memandang serius masalah yang dilaluinya.

 “Kami pernah berjuang untuk negara dan berharap rintihan ini didengari,” katanya yang tinggal di Jalan Keretapi Lama, Kampung Sungai Pinang, dekat sini.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Pertahanan, Tengku Badri Tengku Zalli meminta Abdul Rahman merujuk perkara itu ke pejabatnya di Medan Tuanku, Jalan Tengku Abdul Rahman, Kuala Lumpur bagi siasatan lanjut.

“Kami ingin periksa kad pesara ATM beliau sama ada berdepan masalah iaitu rosak atau sebaliknya.

 “Kami minta dia segera datang ke sini dan kami memandang serius perkara ini kerana ia membabitkan hal berkaitan veteran ATM yang banyak berjasa kepada negara,” katanya.

 Pihaknya akan cuba menyelesaikan masalah itu demi kebaikan bersama

Kemaskini pada 2016-05-20 13:31:12 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page