Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Seludup Diesel : Warga Indonesia ditahan

 
KLANG, 3 JUN 2014 – Tiga warga Indonesia dipercayai cuba menyeludup minyak diesel ditahan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) di laut Tanjung Harapan, di Pelabuhan Klang, kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Norzaid Muhammad Said berkata, pihaknya yang sedang melakukan rondaan Ops Tango Papa di sekitar lokasi kejadian kira-kira jam 10 malam, mendapati sebuah bot dilihat mencurigakan.

“Kita berjaya memintas bot berkenaan, hasil siasatan mendapati bot itu membawa minyak diesel kira-kiar 50,000 liter.

“Kesemua warga asing itu gagal menunjukkan sebarang dokumen tujuan mereka membawa diesel itu, bot itu dibawa ke pangkalan Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, minyak diesel yang dipercayai cuba diseludup itu dianggarkan bernilai kira-kira RM100,000.

“Kesemua individu berusia lingkungan 25 hingga 40-an itu direman untuk membantu siasatan, kesemua mereka diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kemaskini pada 2014-06-23 16:45:37 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page