Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Kenderaan Berat Langgar Syarat

image
KLANG, 7 JUN 2014 - Sebanyak 33 kompaun bersama Notis Pengalihan dalam tempoh 14 hari dikeluarkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) ke atas kenderaan berat di daerah ini yang mengganggu lalu lintas.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut mengeluarkan 28 notis panggilan temu siasat kepada syarikat atau pemilik kenderaan untuk proses pendakwaan di mahkamah.

Tindakan itu bakal dilakukan selepas MPK dan SPAD bersama-sama terlibat beberapa hari lalu dalam Operasi Bersepadu kenderaan berat di sekitar Pekan Meru, Bandar Bukit Raja, Bukit Tinggi dan beberapa lokasi lain di sini.

Yang Dipertua MPK, Datuk Mohammad Yacob berkata, operasi berkenaan dibuat  berdasarkan aduan kenderaan berat yang di parkir dalam kawasan perumahan dan bahu jalan sehingga mencetuskan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya.

“Operasi ini akan diadakan dengan lebih kerap bagi memastikan pemilik kenderaan berat mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan MPK dan SPAD.

“Tindakan mereka (pemilik) meletak kenderaan berat di kawasan taman perumahan bukan sahaja mengganggu orang awam tetapi juga mengancam keselamatan penduduk,” katanya.

Bagi tujuan itu juga, penguatkuasaan bakal diperhebat kerana majlis terpaksa mengeluarkan kos yang banyak.

“Kos itu membabitkan kos untuk  membaiki kerosakan jalan terutamanya di kawasan tumpuan pemilik kenderaan berat meletakkan kenderaan,” katanya.

Kemaskini pada 2016-05-20 13:30:50 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page