Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Diserang Strok Ketika Memandu

image
KLANG, 10 JUN 2014 - Seorang lelaki yang secara tiba-tiba diserang strok gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh tembok pagar rumah seorang guru yang juga jirannya di Lorong Melikai 6, Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, di sini semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 2.40 petang itu, mangsa, Yeoh Kong Huat, 55, atau dikenali penduduk dengan nama Jackson meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan terbaring di kerusi kereta jenis Proton Saga.

Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan, Rosly Abd Rahman berkata, siasatan mendapati mangsa diserang strok ketika memandu.

“Mangsa mungkin tertekan pedal minyak menyebabkan kereta meluru laju dan terbabas lalu merempuh tembok pagar jirannya.

“Rempuhan itu menyebabkan bahagian hadapan kenderaan mangsa remuk teruk manakala mangsa terbaring tidak sedarkan diri. Dia disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan,” katanya.

Insiden itu juga menyebabkan penduduk sekitar terkejut bunyi dentuman kuat seolah-olah bangunan runtuh.

Jiran mangsa, Yazid Mohammed Shariff, 65, berkata, dia yang sedang leka melayan cucu terkejut.

“Saya berlari keluar dan terkejut lihat mangsa kemalangan. Saya dan jiran dekati Jackson dan dapati dia masih bernafas ketika itu. Tak lama kemudian dia menghembuskan nafas terakhir,” katanya.

Yazid menyifatkan Jackson yang masih bujang dan tinggal di sebuah banglo berdekatan seorang yang mesra.

“Kami sering nampak dia memandu kereta di lorong ini...dia tak pernah bawa laju. Saya yakin Jackson diserang strok ketika memandu menyebabkan dia tersasar,” katanya.

Bagaimanpun, guru berkenaan dan keluarganya tiada di rumah ketika kejadian kerana ke Telok Pulai menghantar anaknya.

Kemaskini pada 2016-05-20 13:24:24 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page