Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Gengster Mengamuk

image
KLANG, 12 JUN 2014 - Sekumpulan lelaki mengamuk dengan membakar dua buah kereta selain melanggar sebuah lagi kereta dalam satu kejadian di Jalan Seri Kenangan 5, di sini semalam.

Mangsa, S Lakshmi berkata, empat lelaki dipercayai warga tempatan bertindak membakar dua buah kereta milik ahli keluarganya dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu.

“Jiran saya yang nampak...dia menjerit. Saya dan keluarga terbangun dari tidur,” katanya.

Mendengar jeritan jirannya itu, kesemua lelaki berkenaan segera melarikan diri dengan sebuah kereta Perodua Myvi putih.

Lakshmi, 23, berkata, dua jam kemudian kumpulan itu datang semula ke rumahnya. Kali ini, tiga orang datang membawa parang dan mereka menaiki dua kereta.

Dia melihat mangsa memanjat pagar rumah dan terus memecahkan dua cermin depan rumahnya.

Melihat tindakan ganas itu, Lakshmi serta beberapa ahli keluarga yang lain berlari ke bilik sementara ibu mertuanya yang lumpuh tidur di ruang tamu.

“Mereka masuk, mengaku gengster. Mereka tanya mak mertua saya mana suami saya. Mak mertua jawab suami saya tak ada,” ceritanya.

Selepas bercakap dengan ibu mertua mangsa selama 30 minit, kesemua suspek kemudiannya beredar.

Selang beberapa minit, suami mangsa pulang disusuli kumpulan gengster berkenaan yang bertindak melanggar kereta Perodua Alza miliknya.

“Selepas langgar kereta, mereka semua larikan diri tetapi dua-dua kereta mereka tinggalkan depan rumah saya,” katanya.

Lakshmi berkata, dia tidak mengenali kumpulan itu dan tidak mengetahui punca sebenar kumpulan itu bertindak demikian. Satu laporan polis kemudiannya dibuat di Balai Polis Meru.

Sementara itu jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes berkenaan sedang disiasat.

Kemaskini pada 2016-05-20 13:30:35 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page