Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Pusat siber sedia gadis seksi

 

 

   

Pusat siber sedia gadis seksi

 
image

KLANG - Suasana eksklusif dan mewah serta menyediakan pekerja wanita warga asing yang menggiurkan merupakan taktik terbaru  pusat siber berunsurkan perjudian dalam menjalankan operasi mereka di sekitar Bandar Parklands.

 

Pengarah Jabatan Penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK), Andry Arman Masrom berkata, sebanyak sembilan premis diserbu dan 212 set komputer disita dalam operasi khas itu, kelmarin.

 

Menurutnya, tindakan sita mengikut Undang-Undang Kecil 28 (1) Pusat Siber dan Kafe Siber (MPK) 2007 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen daripada majlis.

 

"Operasi ini dijalankan hasil risikan dan maklumat orang awam yang peka dengan kegiatan tidak bertanggungjawab pemilik yang berterusan mengingkari undang-undang.

 

"Selain daripada itu, lokasi sekitar yang menjadi tumpuan pekerja warga asing menjadi salah satu faktor kewujudan premis pusat siber yang berunsurkan perjudian terutama sekitar kawasan ini," katanya.

 

Andry berkata, MPK  akan memperhebatkan operasi seperti ini dari masa ke semasa dan tidak akan berkompromi dengan pihak yang melanggar peraturan ditetapkan terutama yang melibatkan judi siber.

 

Dalam pada itu, beliau menasihatkan ibu bapa agar mengawasi pergerakan anak-anak mereka terutama yang di bawah umur agar tidak terjebak dengan gejala tidak bermoral melibatkan judi dalam talian memandangkan ketika serbuan, terdapat individu di
bawah umur sedang leka melayari permainan dalam talian di situ.

 
 
    

 

 


Kemaskini pada 2016-05-20 14:45:06 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page