Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Pertemuan Esok Bakal Akhiri Isu Bible

image
KAPAR, 15 JUN 2014 – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan pertemuan ringkas petang esok bersama pihak Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk menyelesaikan isu bible milik Persatuan Bible Malaysia (BSM) dirampas sebelum ini.

“Mesyuarat petang esok diadakan bertujuan untuk membincangkan isu Bible yang dilihat semakin meruncing dan kata sepakat akan dicapai sebelum keputusan diserahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memutuskan jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan,” katanya ketika ditemui oleh pihak media ketika mengadakan lawatan ke Pemilihan Cabang PKR yang berlangsung di Dewan Sungai Pinang Cawangan Klang.

Mais dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkannya semalam, bertegas bahawa pihaknya dan Jais tidak akan memulangkan Bible yang dirampas daripada pejabat BSM pada 2 Januari lalu.

Abdul Khalid dalam kenyataannya sebelum ini memberitahu bahawa beliau telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khusrin Munawi mengadakan mesyuarat dengan Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid dan penasihat undang-undang negeri, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman, serta wakil daripada Mais dan Jais.

Kemaskini pada 2016-05-20 13:30:04 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page