Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Buruh Maut Dirempuh Jentolak

 
KLANG, 25 JUN 2014 - Seorang buruh maut selepas motosikalnya merempuh sebuah jentolak di kawasan tapak projek di Persiaran Pelabuhan Barat, Star Cruise, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa yang juga pemastautin tetap, Suprianto Sukadi, 48, beralamat di Jalan Pandamar maut di tempat kejadian.

Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abd Rahman berkata, mangsa yang menunggang motosikal sendirian mungkin tidak sedar kelibat jentolak yang secara tiba-tiba keluar dari tapak projek kawasan itu.

“Motosikal mangsa merempuh jentolak itu menyebabkan dia dan motosikal melambung. Mangsa yang parah di dada meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Kemaskini pada 2014-06-25 14:21:17 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page