Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Sesak Nafas, Muntah Hidu Asap

image
KLANG, 27 JUN 2014 - Gara-gara terhidu  semburan asap (fogging), hampir 60 penuntut sebuah kolej swasta di Pelabuhan Klang sesak nafas dan mendapatkan rawatan kecemasan, lewat malam kelmarin.

Mereka pada mulanya muntah dan hampir pengsan selepas menyedut udara yang didakwa bercampur semburan fogging yang dilakukan di kawasan kolej di Jalan Aur sekitar jam 9.30 malam.

Pensyarah kolej, M Ruby berkata, ketika kejadian semua penuntut sedang bersiap sedia di dewan perhimpunan untuk catatan kehadiran.

“Mereka baru habis kelas malam dan sepatutnya balik ke kolej kediaman di Pandamaran.

“Mereka mula batuk teruk seorang demi seorang sebelum muntah dan sebahagiannya nyaris pengsan kerana sukar bernafas,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pekarangan HTAR.

Khuatir keadaan makin serius, ke semua mangsa dikejarkan ke HTAR dengan bas milik kolej.

“Pada awalnya 19 orang dimasukkan ke ICU dan tujuh lagi dikejarkan ke wad yang sama. Sebahagiannya dibenarkan pulang jam 5 pagi dan 9 pagi selepas keadaan stabil,” katanya.

Bagaimanapun, semalam kira-kira 30 lagi penuntut mengadu sukar bernafas serta muntah darah.

“Mereka dihantar ke klinik kesihatan Pelabuhan Klang. Pihak kolej syak semburan itu mungkin untuk tikus atau haiwan liar sebab ia berbeza daripada fogging biasa,” katanya.

Menurutnya, situasi yang membimbangkan itu menyebabkan pihak kolej mengambil keputusan menghentikan sesi pengajian semalam.

“Kami sudah memaklumkan perkara ini kepada PBT dan dimaklumkan mereka tidak membuat sebarang semburan di kawasan kolej.

“Kami mengesyaki kemungkinan ada pihak swasta yang terlibat membuat semburan di sini dan siasatan masih dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Majlis Perbandaran Klang (MPK), Zulkifli Abas berkata, MPK tidak terlibat dalam sebarang kerja fogging di Pelabuhan Klang kelmarin tetapi melakukan semburan di kawasan Jalan Meru.

“Pejabat Kesihatan juga ada menjalankan fogging tetapi di Klang sahaja dan tidak melibatkan Pelabuhan Klang. Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti pihak yang terlibat,” katanya.

Kemaskini pada 2016-05-20 13:00:15 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page