Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Mati Dibelasah Dalam Restoran

 
image

KLANG, 8 JULAI 2014 - Hasrat seorang pemandu lori menikmati minuman tidak kesampaian apabila dia maut dibelasah empat lelaki di sebuah restoran di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Utara, awal pagi semalam.

Mangsa yang dikenali Pirthypall Singh, 43, yang parah di kepala kemudiannya pengsan dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.50 pagi.

Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Razak berkata, sebelum kejadian mangsa ke restoran untuk membeli air sekitar jam 12.56 pagi.

“Sebelum itu kelihatan empat lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun berada di satu sudut meja sambil minum.

“Salah seorang lelaki itu memanggil mangsa dan sebaik mendekati meja itu berlaku pertengkaran mulut antara mereka sebelum mangsa dibelasah beramai-ramai,” katanya kepada pemberita.

Pekerja restoran yang terkejut cuba membantu tetapi dia diberi amaran agar tidak mencampuri urusan mereka.

“Pekerja dan orang awam hanya mampu tengok a lelaki itu disepak dan ditendang,” katanya.

Razak berkata, sebaik mendapati mangsa tidak bermaya, kesemua lelaki itu beredar.

Mangsa yang mengalami pendarahan di kepala jatuh terkulai di tepi tangga dan dikejarkan ke HTAR dengan ambulans.

Menurut Razak, mangsa kerap minum dan makan di restoran itu malah ramai pemandu mengenalinya sejak empat tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, polis menerima maklumat kejadian sekitar jam 3 pagi oleh polis di pondok HTAR yang memaklumkan mangsa dirawat akibat kecederaan selepas dipukul.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat dipukul, namun hasil siasatan polis tidak menemui sebarang senjata di tempat kejadian.

“Polis sedang menyiasat motif kejadian dan menggerakkan usaha bagi memburu suspek,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Kemaskini pada 2016-05-20 12:51:53 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page