Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Tiket Bas Raya Masih Banyak

 
image

 KLANG, 9 JULAI 2014 - Orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri dapat menarik nafas lega apabila tiket bas untuk pulang ke kampung masih banyak belum dijual.

Tinjauan di sekitar stesen bas Klang Sentral, Meru mendapati masih banyak tiket belum terjual khususnya untuk tarikh 25 dan 26 Julai depan untuk perjalanan ke Utara dan Selatan.

Pemeriksa bas, Mohd Hussin Alahu, 22, berkata, dalam sistem komputer juga tiket untuk dua tarikh itu belum dikeluarkan.

“Kemungkinan minggu depan, 15 Julai kita mula keluarkan senarai tiket untuk tarikh itu dalam sistem.

“Sehingga kini ramai yang membeli tiket untuk pulang ke kampung khususnya ke Selatan dan Utara namun tarikhnya lebih awal sekitar seminggu sebelum Aidilfitri,” katanya.

Pemeriksa bas, Rafi Alahu, 25, kebanyakan orang awam gemar membeli tiket pada saat akhir dan dijangka lebih ramai akan membanjiri kaunter tiket ini untuk mendapatkan tiket pulang ke kampung minggu depan.

“Bermula 20 Julai ini harga tiket dijual dengan harga tambahan RM3 dan RM5 mengikut lokasi perjalanan.

“Perjalanan biasa contohnya ke Butterworth harga tiket RM40 dan menjelang Aidilfitri ini ia dijual pada harga RM43,” katanya.

Beliau berkata, ini perkara biasa berlaku sejak sebelum ini lagi.

“Orang ramai boleh mendapatkan tiket awal bagi mengelak kesesakan.

“Sehingga kini tiada bas tambahan disediakan memandangkan tiket masih banyak belum terjual. Ia bergantung kepada keadaan semasa,” katanya.


Kemaskini pada 2016-05-20 12:51:46 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page