Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Pemindahan Stesen Bas Beri Kesan

image
KLANG, 15 JULAI 2014 - Pemindahan stesen bas dari pusat Bandar Klang ke Klang Sentral, Meru beberapa tahun lalu dilihat antara faktor menyebabkan pendapatan pemandu teksi yang berdaftar di daerah ini terjejas.

 Yang  Dipertua  Persatuan Tuan Punya  serta Pemandu TeksiKereta Sewa Klang dan Pantai Selangor, Idris Abu Bakar berkata, kesan pemindahan itu menyebabkan pendapatan pemandu teksi khususnya di pusat Bandar Klang terjejas.

“Sebelum hentian bas dipindahkan dan hentian teksi di Jalan Pos Baru, Pusat Bandar Klang dirobohkan, ramai pemandu teksi bertumpu di sekitar pusat bandar.

“Penumpang juga ramai apatah lagi ia terletak bersebelahan stesen bas dan premis perniagaan. Sudah menjadi kebiasaan hentian teksi akan berada bersebelahan stesen bas.

“Kebanyakan penumpang bas yang ingin menggunakan khidmat teksi tidak perlu berjalan jauh. Ia memudahkan mereka,” katanya.

 Katanya, kesan perobohan hentian teksi itu juga menyebabkan hentian teksi turut dipindahkan ke hentian P2 di Jalan Pasar atas arahan pihak berkuasa.

“Kedudukannya yang jauh kira-kira 200 meter daripada pusat hentian yang dirobohkan itu turut memberi kesan kepada pemandu teksi.

“Siapa yang mahu berjalan jauh untuk ambil teksi. Disebabkan itu ramai penumpang ambil teksi yang tidak berdaftar yang berkeliaran di sekitar pusat bandar.

“Selain itu, persatuan ambil inisiatif dengan membenarkan pemandu teksi berpusat di depan Mydin Store secara Q bagi ambil penumpang di sekitar kawasan itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

 Dalam pada itu, berhubung hentian teksi di Klang Sentral pula, beliau berkata, pendapatan pemandu teksi di hentian Klang Sentral kebanyakannya bawah RM100 sehari.

“Itu kira tempoh kerja 6 pagi hingga 6 petang. Jika mereka hanya tunggu penumpang di situ pendapatan itu hanya cukup makan.

“Disebabkan itu, mereka terpaksa mencari alternatif lain bagi menambah pendapatan. Jika bergantung pada penumpang di situ, ia tidak berbaloi,” katanya.

 Idris berkata, sehingga kini ahli yang berdaftar seramai 120 orang terpaksa menambah pendapatan dengan cara sendiri sama ada melalui penumpang tetap atau sebagainya.

“Kebanyakan penumpang yang menggunakan khidmat kami adalah 90 peratus warga asing seperti Bangladesh dan Indonesia. Mereka menggunakan khidmat teksi kerana tiada pengangkutan sendiri.

“Kebanyakannya menggunakan teksi bagi perjalanan dekat sekitar Bandar Klang. Bayaran juga tidak tinggi.

“Penumpang tempatan jarang diperoleh ekoran masing-masing mempunyai pengangkutan sendiri,” katanya.

Beliau berkata, penambahan jumlah teksi melebihi permintaan juga menjadi faktor pendapatan pemandu teksi berdaftar turut terjejas.

“Pemandu yang berdaftar juga berdepan kekurangan pelanggan ditambah lagi munculnya pemandu tidak berdaftar atau haram di sini.

“Kita harap pihak berkuasa pantau perkara ini demi hak pemandu teksi yang berdaftar,” katanya.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:51:08 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page