Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Bazar Aidilfitri Rancak Saat Akhir

image
KLANG 20 JULAI 2014- Peniaga bazar Aidilfitri di Jalan Taiping kini mampu menarik nafas lega apabila perniagaan mereka semakin mendapat sambutan terutama menjelang minggu terakhir Ramadan.

 Kehadiran pelanggan semakin bertambah dan rata-ratanya datang membeli persiapan Aidilfitri di sini selepas jam 9 malam.

 Peniaga seluar jeans, Yuma Khan, 25, berkata, pada awal perniagaan pada awal Julai lalu, lokasi ini hambar dengan kehadiran pelanggan.

“Namun masuk minggu kedua Ramadan, pelanggan semakin bertambah dan suasana tambah meriah. Orang awam mula memenuhi kawasan perniagaan selepas solat tarawih hingga awal pagi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di gerainya.

 Yuma yang meneruskan perniagaan kedua ibu bapanya sejak empat tahun lalu di Jalan Taiping berkata, berdasarkan pengalaman Ramadan lalu, orang ramai gemar membuat persiapan pada saat akhir.

“Jumlah pelanggan sekarang makin bertambah. Ramai datang beli kelengkapan raya dan ada juga yang jalan-jalan cuci mata," katanya.

 Peniaga songkok, Arif Jumadi, 23, berkata, dia memulakan perniagaan milik ayahnya seawal jam 10 pagi pada hari minggu.

“Bagi hari biasa, kami mula berniaga sekitar jam 12 tengah hari hingga 2 pagi. Walaupun cuaca panas pada siang hari, itu tak jadi halangan. Tapi lebih ramai suka datang sebelah malam terutamanya hari minggu," katanya yang berniaga di situ membantu ayahnya sejak 11 tahun lalu.

 Arif berkata, songkok yang dijualnya turut mendapat sambutan orang ramai.

“Kebanyakan adalah pelanggan tetap dan selebihnya adalah pelanggan baru,” katanya yang berasal dari Kampung Delek.

 Bazar di Jalan Taiping menjadi satu-satunya bazar terbesar di daerah ini yang menjadi tumpuan ramai bagi membeli persiapan Aidilfitri.

 Bazar yang menghimpunkan lebih 200 peniaga ini wujud lebih 15 tahun lalu.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:50:35 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page