Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Tol SKVE percuma sebulan



 
   

PELABUHAN KLANG, 1 Oktober 2013 - Pengguna laluan baharu, Seksyen 3 di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dari Persimpangan Teluk Panglima Garang ke Persimpangan Pulau Indah dekat sini, sejauh 19 kilometer yang dirasmikan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof hari ini, akan menikmati tol percuma selama sebulan mulai hari ini.


  
Dalam ucapannya, Fadillah berkata dengan siapnya SKVE yang dibina secara berperingkat sejak 2000 menghubungkan Putrajaya ke Pulau Indah sejauh 52 kilometer pada kos RM1.1 bilion, menjadikan jarak keseluruhan rangkaian lebuh raya bertol di negara ini mencecah lebih 1,800 kilometer.


  
Walaupun laluan baru Seksyen 3 ini hanya dibina satu lorong untuk sehala, laluan itu dijangka dapat menampung keperluan lalu lintas semasa dan penambahan lorong boleh dilakukan pada masa hadapan kerana terdapat rizab bagi tujuan pelebaran jalan, katanya.


  
Beliau berkata pembukaan laluan ini akan memberi kesan pembangunan ekonomi seperti perumahan dan komersial di sepanjang SKVE dan kawasan sekitarnya seperti Teluk Panglima Garang, Pulau Carey, Pulau Indah, Pelabuhan Barat dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).


  
Projek ini juga mempamerkan kerjasama pintar antara kerajaan dan swasta, iaitu pemegang konsesi lebuh raya ini SKVE Holdings Sdn Bhd yang menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi negara dan setempat bagi  membawa keharmonian serta kesejahteraan rakyat, katanya.


  
Beliau berkata antara cabaran yang dihadapi syarikat konsesi lebuh raya itu ialah membina jambatan sepanjang 1.67 meter dengan ketinggian 25 meter merentasi Selat Lumut di Pulau Indah bagi membolehkan kapal-kapal melalui laluan air utama ke Pelabuhan Barat. 


  
SKVE dihubungkan dengan lebuhraya-lebuhraya lain seperti Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK), Lebuhraya  Damansara Puchong (LDP) dan pada masa hadapan dengan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat.


  
Beliau juga berkata kementeriannya kini dalam proses untuk memuktamadkan proses tender pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat yang bakal menghubungkan Selangor dengan Perak pada penghujung tahun ini dan jika selesai, pembinaan dijangka bermula tahun hadapan.


  
Kos keseluruhan pembinaan lebuh raya baharu itu dianggarkan bernilai RM6.9 bilion, katanya.


  
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi SKVE Holdings, Teoh Jui Min berkata harga tol dari Persimpangan Teluk Panglima Garang ke Pulau Indah adalah sekitar RM3.00 mulai bulan hadapan. - Bernama

 

    

Kemaskini pada 2014-01-21 11:46:53 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page