Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Denggi: Klang Ketiga Tertinggi

image
KLANG, 23 JULAI 2014- Daerah Klang menduduki tangga ketiga membabitkan kes demam denggi sehingga Jun 2014 di negeri Selangor.

 Di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula, Majlis Perbandaran Klang (MPK) berada di tangga keempat daripada tujuh PBT di negeri ini.

 Kedudukan ini berada dalam keadaan membimbangkan apatah lagi bermula Januari hingga Jun tahun ini, lima kematian sudah direkodkan.

 Menurut Sumber Jabatan Kesihatan MPK, dalam tempoh enam bulan bermula Januari hingga Jun 2014 lalu, tiga lelaki dan dua wanita disahkan meninggal dunia akibat wabak denggi.

 Semua mangsa berusia lingkungan sembilan hingga 52 tahun dan tiga daripadanya meninggal dunia pada awal Februari lalu manakala dua lagi pada Mei dan Jun.

 Berbeza dengan tahun lalu, hanya satu kematian direkodkan di daerah ini yang membabitkan seorang lelaki berusia 48 tahun yang beralamat di Taman Mewah, Batu Belah.

 Berikutan itu, Jun lalu beberapa lokasi diberi tumpuan sebagai kawasan 'hot spot' yang membabitkan kawasan Klang Selatan dan Klang Utara.

 Di kawasan Klang Selatan, lokasi yang terlibat adalah Taman Mesra, Jalan Serampang, Taman Radzi, Bandar Bukit Tinggi, Taman Sentosa, Taman Maznah, Bandar Puteri, Taman Bukit Jati dan beberapa kawasan lagi.

 Bagi Klang Utara pula, kawasan yang terlibat Pangsapuri Bukit Kuda, Kampung Batu Belah, Bukit Raja, Bandar Baru Klang, Jalan Meru, Jalan Pekan Baru, Jalan Prai, Apartmen Pelangi Court, Jalan Alor Star, Lebuh Pulai Pinang dan Jalan Kangar.

 Sementara itu, Yang Dipertua MPK, Datuk Mohammad Yacob berkata, pada tahun lepas, sebanyak 2,217 kes membabitkan wabak ini dilaporkan.

“Kes berkenaan meningkat kira-kira sekali ganda hingga menghampiri jumlah dalam tempoh sebulan bagi tahun ini.

“Keadaan ini amat merisaukan saya dan seluruh penduduk daerah ini.

“Bagi Januari tahun ini sebanyak 661 kes direkodkan, Februari (1393), Mac (2260), April (2758), Mei (3299) dan Jun (3992),” katanya kepada Sinar Harian kelmarin.

 Menurutnya, Jalan Sri Damak 22, Taman Sri Andalas diklasifikasikan sebagai kawasan wabak tidak terkawal.

“Ia dikategorikan demikian memandangkan kawasan itu tetap berlarutan dihantui wabak itu walaupun pelbagai langkah pencegahan sudah dilakukan pihak berkuasa.

“Jadi saya minta orang ramai memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dengan menghapuskan tempat pembiakan jentik-jentik,” katanya.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:50:12 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page