Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Shahul Masih Dikecam, Diugut

image
KLANG, 5 OGOS 2014 - Walaupun permohonan maaf secara terbuka sudah dibuat,  Shahul Hamid Seeni Mohd tidak putus-putus dikecam melalui ugutan bunuh termasuk di laman sosial Facebook dan SMS.

 Khuatir dengan ancaman itu, beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Bandar Perda Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan sekali lagi di IPD Shah Alam, semalam.

 Sahul berkata, dia menerima ugutan itu sejak Hari Raya kedua hingga kini.

“Saya ikhlas minta maaf...tolonglah hentikan semua ini. Kenapa perlu simpan dendam pada saya? Saya tiada niat untuk timbulkan sensitiviti kaum India,” katanya kepada Sinar Harian selepas membuat laporan polis, lewat petang semalam.

 Hadir sama, Majlis Kemajuan India Muslim Malaysia (MIM), Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia, Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Sekretariat Gerak Kerja Gabungan Ayahanda Selangor (Gegas) dan Lembaga Pembangunan  Pengguna Malaysia (LPPM).

 Menurutnya, dia kini rasa teraniaya dengan tindakan pihak tertentu yang cuba menyebarkan ceramahnya kepada umum dan menjadikan isu itu sebagai isu sensitif.

“Saya bukan orang politik. Saya hanya penceramah bebas. Jangan kaitkan ceramah saya dengan isu politik. Saya tiada kaitan dengan mana-mana parti,” katanya.

 Beliau berkata, apa yang disampaikan dalam ceramah adalah berkenaan kepentingan umat Islam dan dia tiada niat menyentuh sensitiviti kaum India.

 Sementara itu, Pengerusi Gegas, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, pihaknya mengingatkan pada mana-mana NGO agar menghentikan isu ini.

“Kami tidak mahu isu ini menimbulkan pergeseran antara orang India dan Melayu. Saya juga minta pemimpin NGO tidak terus mempolitikkan isu ini. Jangan sengaja mainkan isu perkauman. Ustaz sudah minta maaf,” katanya.

 Sebelum ini, Shahul tampil mengemukakan permohonan maaf dan menafikan niat menghina kaum India atau agama Hindu dalam ceramahnya empat tahun lalu.

 Pendakwah daripada Pulau Pinang itu berkata, beliau tidak berniat menyinggung perasaan mana-mana pihak apabila melarang membeli produk yang dikaitkan dengan kaum itu di hadapan penonton.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:45:24 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page