Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

'Kami Hilang Selera Nak Makan'

image
KLANG, 11 OGOS 2014 - Kehadiran burung gagak di sekitar gerai makan Majlis Perbandaran Klang (MPK) Taman Kem, Pelabuhan Klang bukan sahaja menimbulkan rasa tidak selesa kepada orang ramai, malah ia turut mengundang masalah pencemaran di gerai itu.

 Tinjauan Sinar Harian di gerai tersebut mendapati najis haiwan berkenaan boleh dilihat melekat pada tiang gerai dan laluan pejalan kaki depan gerai itu.

 Walaupun orang ramai memaklumkan jumlah kehadiran burung ke situ semakin berkurangan, namun risiko kepada masalah kesihatan tetap dirisaukan.

 Peniaga air, Samsudin Kosim, 31, berkata, kehadiran gagak tidak kenal masa sama ada pagi atau petang.

“Gagak berkerumun di gerai ini terutamanya pada waktu makan tengah hari.

“Ketika itu pulalah ramai pelanggan ke sini untuk menjamu selera,” katanya.

 Menurutnya, pernah berlaku kes makanan pelanggan disambar burung itu ketika pelanggan meninggalkan meja makan untuk mencuci tangan.

“Paling merisaukan burung ini bertenggek atas besi siling gerai berdekatan meja pelanggan.

“Keadaan ini menimbulkan rasa kurang selesa kepada pelanggan dan peniaga sendiri,” katanya yang berniaga bersama majikannya sejak 10 tahun lalu di situ.

 Pekerja kedai makan, Izam Firdaus, 29, berkata, pihak berkuasa harus memerangi masalah gagak ini secara berterusan.

“Kehadiran haiwan itu bukan saja membuatkan kami tak selesa, baunya juga tak menyenangkan.

“Pelanggan pun gelisah dan geli nak jamu selera dengan najis gagak dapat dilihat di lantai dan tiang siling,” katanya.

 Beliau berkata, perkara ini harus diberi perhatian oleh pihak berkuasa memandangkan gerai tersebut menjadi tumpuan utama orang ramai untuk menjamu selera terutamanya pada waktu makan tengah hari.

“Peniaga juga disarankan beri kerjasama pada pihak berkuasa dengan membuang sampah ke tempat yang disediakan dengan segera.

“Masalah sampah juga turut mengundang kehadiran gagak ke sini untuk mencari makan,” katanya.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:45:09 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page