Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Keluarga Pemandu Lori Tinggal Sehelai Sepinggang

image
KLANG, 12 Ogos 2014 - Seorang pemandu lori dan keluarganya tinggal sehelai sepinggang apabila dua kediaman berkembar milik mereka musnah dalam kebakaran di Setia Jaya, Kapar, kira-kira 4 petang kelmarin.

 Ketika kejadian, Mohd Azmi Omar, 42, bersama isteri dan dua anak mereka  berada di Sekinchan menghadiri majlis sambutan Aidilfitri, manakala dua lagi anaknya berusia 16 dan 18 tahun tinggal di rumah.

 Namun mereka berjaya menyelamatkan diri.

 Menceritakan detik mencemaskan itu, Mohd Azmi berkata, ketika berada di majlis berkenaan, dia menerima panggilan telefon daripada jirannya mengatakan rumahnya terbakar.

 "Saya tak ingat lain, cuma dua orang anak saya yang tinggal di rumah. Saya jadi tak keruan sebab pada mulanya mereka tak angkat panggilan telefon.

 Tapi Alhamdulillah akhirnya mereka balas panggilan dan beritahu kami yang mereka selamat," katanya.

 Mohd Azmi berkata, tiada apa yang mampu diselamatkan dalam kebakaran tersebit, termasuk peralatan sekolah anak-anaknya.

“Kami tinggal sehelai sepinggang. Saya tak sangka kami sekeluarga hilang tempat tinggal ketika umat Islam masih menyambut Aidilfitri. Hari raya tahun ini memang jadi kenangan pahit buat kami sekeluarga," katanya yang bercadang tinggal bersama keluarga di rumah kakaknya buat sementara waktu
 sementara mendirikan semula rumahnya.

“Apa yang penting dalam masa terdekat ini, saya akan berusaha membeli barang kelengkapan sekolah baru bagi membolehkan dua anak dapat bersekolah seperti biasa,” katanya.

 Sementara itu, Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Maulud Bedul berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 4 petang, dua jentera bomba masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dan Kota Raja bersama 11 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kami tiba di lokasi kejadian sekitar jam 4.29 petang dan dapati rumah berkenaan sudah musnah hampir 80 peratus.

“Kami berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah belakang kira-kira sembilan minit kemudian.

“Tiada mangsa yang cedera atau kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

 Beliau berkata, jumlah kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:45:01 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page