Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Sanggup menyorok dalam syiling

image
 
KLANG, 14 Ogos 2014 - Tindakan tiga lelaki warga Vietnam menyembunyikan diri dalam siling rumah sewa mereka di tingkat lima sebuah pangsapuri bagi mengelakkan diri ditangkap hanya sia-sia apabila mereka berjaya dihidu anggota polis.

 Sewaktu serbuan diadakan, pihak berkuasa mendapati beberapa siling di salah sebuah bilik tidur dan dapur berlubang serta ada yang pecah lalu bersepah di atas lantai ruang berkenaan.

 Berikutan itu, beberapa anggota polis bertindak memeriksa sebelum memanjat dan masuk ke ruangan siling itu bagi mencari lelaki berkenaan jam 12.50 pagi.

 Selang beberapa minit kemudian, ketiga-tiga lelaki berusia 20-an itu berjaya ditarik keluar menerusi ruang yang sama.

 Lebih memeranjatkan, polis turut menemui dua beg besar yang disembunyikan dalam ruangan siling itu bersama mereka.

 Beg itu dipercayai disembunyikan selepas mereka menyedari kehadiran polis ke rumah itu.

 Selepas dua beg itu dibuka, polis terkejut mendapati beberapa alatan untuk menghisap dadah dikenali 'paipon' dan 'bong' turut ditemui.

 Malah pelbagai peralatan disyaki untuk memecah masuk kediaman turut disimpan dalam dua beg berasingan dalam siling itu termasuk barangan berharga lain yang disyaki barang curi.

 Itu antara aksi yang sempat dirakamkan ketika tangkapan ke atas Pati menerusi Ops Cantas Bersepadu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di pangsapuri Pelangi Indah, belakang Klang Parade, Jalan Meru, di sini, awal pagi semalam.

Operasi itu turut disertai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor serta Jabatan Imigresen Selangor dan Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN).

 Menerusi operasi itu juga, sekumpulan lelaki warga Vietnam tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah turut ditahan ketika mereka sedang leka menyambut majlis ulang tahun ke-21 salah seorang teman wanita kepada lelaki itu di sebuah rumah di Blok A, pangsapuri yang sama.

 Lebih memeranjatkan salah seorang lelaki dalam kumpulan itu sedang khusyuk mengambil dadah manakala yang lain sedang menikmati kek hari jadi wanita itu ketika polis datang menyerbu.

 Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, sekumpulan lelaki itu antara 45 Pati yang ditahan berikutan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
 

Kemaskini pada 2016-05-20 12:44:41 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page