Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Maut terperosok bawah lori

image
 
KLANG, 18 Ogos 2014 - Seorang pemandu lori tidak menyangka rasa berat pada salah satu tayar kenderaannya rupanya akibat terpijak tubuh manusia.

 Pemandu berusia 54 tahun itu segera memberhentikan lori dipandunya dan terkejut apabila mendapati sekujur tubuh lelaki terperosok di bawahnya.

 Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abd Rahman berkata, kejadian berlaku pada jam 8.40 malam kelmarin sewaktu lori berkenaan sedang dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang menuju ke Pelabuhan Barat.

“Setibanya di persimpangan Pulau Indah, pemandu lori itu terasa seperti terlanggar sesuatu. Dia kemudiannya keluar memeriksa dan terkejut dengan kejadian itu,” katanya kepada Sinar Harian.

 Menurutnya, mangsa yang menunggang motosikal dipercayai terperosok ke bawah lori berkenaan sebelum kejadian itu.

“Mangsa yang sudah meninggal dunia dibawa ke Bilik Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya.

 Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:44:34 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page