Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Dakwa ditipu ejen pembantu rumah

image
BANDAR KLANG, 11 September - Seorang usahawan mendakwa dirinya telah ditipu oleh seorang ejen pembantu rumah bernama Liza apabila hasratnya untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah sehingga kini masih tidak kesampaian.

Dia yang mahu dikenali sebagai Hamdan, 56, memberitahu, sudah membayar wang RM14,000 kepada ejen berkenaan, tetapi apabila bertanyakan status pembantu rumah yang dijanjikan pihak berkenaan cuba berdolak-dalik.

Katanya, dia mengenali Liza berusia 40-an menerusi seorang rakan tahun lalu.

“Kawan saya kenalkan saya dengan Liza di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil pada September 2013.

“Pada masa itu, Liza bawa dua pembantu rumah warga Indonesia. Selepas pilih salah seorang daripada mereka, saya terus buat bayaran RM14,000 guna cek,” katanya.

Selang beberapa hari, Liza telah hantar seorang pembantu rumah berusia 28 tahun.

“Tapi, lepas beberapa hari amah tu kerja... dia pula berlagak macam majikan dalam rumah saya. Bila siasat, saya dapat tahu dia dah kahwin, suaminya bekerja di Kuantan, Pahang. Katanya, dia kerja dengan saya sementara saja sebab dia nak kerja di restoran dekat dengan suaminya,” katanya.

Berasa tidak sedap hati, Hamdan memaklumkan hal itu kepada Liza supaya ditukarkan pembantu rumah yang lain.

“Sampailah awal tahun ni, baru saya diberikan pembantu rumah gantian yang juga warga Indonesia, nama Anie umur 28 tahun.

“Tapi, lebih kurang empat bulan bekerja, dia pula buat hal... Lari dari rumah ketika saya dan keluarga tiada di rumah,” dakwanya.

Katanya, pihaknya kesal dengan perkara itu dan mengesyaki ejen berkenaan bersekongkol dengan pembantu rumah terlibat demi mengejar keuntungan agensinya.

“Sudahlah Anie larikan diri , Liza pula asyik minta saya jelaskan gaji amah tu, sedangkan dia dah larikan diri. Anie tu tak ada permit kerja rupanya... dah tu macam mana saya nak bayar Levi,” katanya.

Sehubungan itu, Hamdan mahu Liza menyerahkan pembantu rumah baharu danmempunyai permit atau pulangkan semula RM14,000 yang telah dibayar.

“Jika Liza enggan, saya akan ambil tindakan undang-undang. Dia tak mahu jawab telefon saya. Kini dah masuk setahun saya tunggu dia serahkan amah baharu,” katanya.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:40:23 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page