Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

Taklimat penstrukturan industri air isnin ini

image
KLANG, 12 September - Kerajaan negeri Selangor akan mengadakan taklimat terperinci dengan semua pihak terlibat berhubung penstrukturan semula industri air di negeri itu, Isnin ini.
  
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata taklimat itu adalah untuk menjelaskan segala terma dan syarat yang dipersetujui dalam perjanjian utama yang ditandatangani dengan kerajaan Persekutuan hari ini.
  
"Dalam pada itu, kita akan berikan cadangan dan langkah supaya pengambilalihan ini dapat dibuat dengan betul supaya rakyat Selangor dapat bekalan air yang diurus dengan baik dengan harga berpatutan," katanya kepada pemberita di sini, malam ini.
  
Ketika diminta mengulas mengenai jaminan kerajaan negeri untuk memastikan tiada lagi catuan air pada masa hadapan, Abdul Khalid berkata perjanjian itu memberi lebih peluang kepada pihaknya menguruskan industri air secara menyeluruh.
  
Hari ini, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor memeterai perjanjian utama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  
Berikutan termeterainya perjanjian utama itu, Air Selangor Sdn Bhd, entiti yang sebelum ini dikenali sebagai Pengurusan Air Selangor, akan mengambil alih operasi dan penyelenggaraan loji rawatan air serta perkhidmatan pembekalan air yang sebelum ini dilakukan empat syarikat konsesi.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:40:16 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page