Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Bahan kecuaian orang lain

image
ANDALAS, 16 September - “Disebabkan kecuaian pemandu kereta tu, saya dapat susah. Kaki, tangan dan tulang pinggul saya patah. Macam manalah, saya nak kerja selepas ni... Moga ALLAH beri kemudahan kepada saya...” demikian sayu luahan  Mohd Hafiz Muslem, 22, yang terlibat kemalangan di Jalan Kanchong, Banting.

Dalam kejadian Jumaat lalu, dia tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta Perodua Exora yang dipercayai keluar simpang dan bertindak membuat pusingan U secara mengejut.

Menceritakan detik itu, Hafiz berkata, kejadian berlaku sekitar jam 12 malam ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Telok Panglima Garang, Banting.

“Saya dari Pantai Morib bersama seorang kawan. Lepas hantar kawan... saya tunggang motosikal sendirian pulang ke rumah.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, saya memang tak perasan kelibat sebuah kereta yang tiba-tiba keluar dari arah kiri dan terus buat pusingan U. Saya tak sempat nak mengelak... terus rempuh kereta tu,” katanya.

Dia yang ditemui di wad Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, semalam, kelihatan sebak apabila menceritakan kembali detik cemas yang dilalui.

“Pemandu berusia dalam lingkungan 40 hingga 50 an itu kemudiannya menghantar saya ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut. Tapi, selang sehari lepas tu saya dipindahkan ke HTAR,” katanya.

Katanya, hatinya luluh sebaik dimaklumkan kaki dan tangan kiri serta tulang pinggul patah.

“Saya susah hati sangat-sangat. Saya tak tahu macam mana nak kerja lepas ni. Saya tak boleh duduk... sebab terlalu sakit.

“Saya jadi lebih rungsing dan tertekan bila memikirkan masa depan. Dah lah saya ni anak lelaki sulung, ibu pula tak bekerja, ayah pula dah tak ada...” katanya sebak.

Mohd Hafiz berkata, dia berharap rawatan tradisional dapat bantu memulihkan semula tangan, kaki dan tulang pinggulnya kepada normal.

Dia sempat berpesan kepada umum, supaya pemandu kereta diminta lebih prihatin dan peka serta tidak keluar simpang sesuka hati kerana ia boleh membawa risiko kepada pemandu kenderaan lain terutamanya motosikal.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:36:24 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page