Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Pembantu makmal maut digilis treler

image
BANDAR KLANG, 18 September 2014 - Seorang pembantu makmal di sebuah syarikat swasta di Shah Alam maut selepas digilis sebuah treler di Jalan Persiaran Sultan Ibrahim, semalam.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam merangkap Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Asisten Superintendan Zawary Mahadi berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7.45 pagi ketika mangsa, Muhammad Hafiz Mohammed Nasir, 18, menunggang motosikal bersendirian dari arah Klang menghala Shah Alam.

“Motosikal mangsa dipercayai dilanggar treler yang juga dari arah sama.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa terjatuh lalu digilis kenderaan berat itu,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang parah di bahagian kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

“Tiada saksi bebas tampil memberi keterangan dan siasatan diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan,” katanya.

Beliau berkata, pemandu treler berusia 34 tahun itu turut ditahan bagi menjalani ujian saringan awal air kencing.

Zawary berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:36:08 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page