![]() |
PANDAMARAN, 1 OKTOBER 2014 - Golongan muda khususnya harus mengambil iktibar daripada kejadian di Palestin dengan menanam semangat serta kesungguhan rakyat mereka di sana. Penganjur program Selamatkan Gaza, Datuk Sheikh Rajesh Sheikh Ahmad berkata, semangat yang ditunjukkan umat Islam di Tanah Gaza, Palestin harus dijadikan contoh dengan menyemai semangat itu dalam pembangunan dan perpaduan negara. “Golongan muda di sana sanggup berjuang hingga ke titisan darah terakhir. “Mereka sanggup berkorban demi agama Islam yang suci dan juga tanah air tercinta daripada diceroboh rejim Zionis yang zalim,” katanya pada majlis Selamatkan Gaza, di Kompleks Sukan Pandamaran, di sini. Pada program itu juga tabung untuk sumbangan kepada rakyat Palestin turut diedarkan dan hasil sumbangan itu akan diserahkan kepada negara berkenaan. |
Kemaskini pada 2016-05-20 12:35:48 daripada Admin ICT