Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

'Geram asyik tak ada air'

image
KLANG, 2 OKTOBER 2014- Lebih 1,000 unit kediaman di sini berdepan masalah bekalan air sejak sebulan lalu.

Sinar Harian dimaklumkan, tujuh fasa terlibat iaitu Fasa Anggerik, Bidara, Cemara, Datai, Embun, Fajar dan Kasturi berdepan dengan masalah air termasuk tekanan air rendah lebih tiga kali seminggu sehingga menyukarkan aktiviti harian mereka.

Wakil penduduk, Mohd Baharin Sapar mendakwa, kemungkinan berlaku catuan air di kawasan ini namun penduduk tidak dimaklumkan perkara ini oleh pihak berkuasa.

“Kalau ada catuan air, mereka kena maklum pada kami.

“Tak adil kalau catuan dibuat tanpa makluman. Kami di sini berdepan masalah air sementara tempat lain tak ada masalah,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pekarangan Surau Al Faizin, di sini semalam.

Menurutnya, minggu ini sahaja sudah banyak kali mereka terputus bekalan air.

“Bila bekalan ada pula, tekanan air pula rendah sangat. Kami tak boleh agak bila bekalan air akan ada dan terputus,” katanya.


Terjejas selepas catuan air

Penduduk Fasa Cemara, Shahrul Maizan Ahmad, 31, berkata, masalah bekalan air di sini mula terganggu selepas berlakunya catuan air di kawasan ini pada awal tahun ini yang melibatkan negeri ini.

“Kawasan perumahan kami kerap terganggu sampai lebih tiga kali bekalan air terjejas dalam minggu ini.

“Lebih teruk pada hari Ahad, dari pagi sampai malam bekalan air langsung tak ada. Sekitar jam 1 pagi baru air ada.

“Memang susah sangat air tak ada sebab kita nak basuh baju, memasak,” katanya.

Muhammad Zaini Hanifullah, 49, berkata, setiap kali hujung minggu pasti bekalan air terputus.

“Banyak kali isteri saya telefon pihak Syabas dan adukan perkara ini, tapi mereka maklumkan akan siasat,” katanya.

Penduduk Fasa Fajar, Abdul Halim Abu Mansor, 37, pula berkata, penduduk sudah tidak tahan lagi dengan gangguan ini yang berlarutan lebih sebulan lalu.

“Pihak Syabas sepatutnya kena bagi notis pada penduduk di sini agar kami tahu dan faham masalah mereka.

“Hingga kini kami langsung tak dimaklumkan berkaitan masalah yang wujud,” katanya.


Tak boleh berniaga

Peniaga nasi lemak, Nazarudin Taib, 46, berkata, ketiadaan bekalan air amat menjejaskan aktiviti perniagaannya.

“Bila tak ada air, saya dan isteri terpaksa batalkan hasrat nak berniaga.

“Kalau kami dimaklumkan berkenaan gangguan air melalui notis pemberitahuan, kami akan bersedia lebih awal termasuk sediakan bekalan air,” katanya.


Syabas sedang siasat

Sementara itu, Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, pihak Syabas menerima 12 aduan penduduk berkenaan gangguan bekalan air di Taman Sungai Kapar Indah.

"Kami sedang merujuk kepada tangki Lam Bee yang bertekanan air rendah sama ada masalah ini berpunca daripada perkara itu atau sebaliknya.

"Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti punca kepada gangguan bekalan air di kawasan berkenaan," katanya.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:35:41 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page