Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Peniagaan resah Little India banjir

image
 
KLANG, 28 Oktober 2014 - Hampir seluruh kawasan perniagaan Little India dinaiki air dalam kejadian hujan lebat, lewat petang semalam.

Hujan lebat sekitar jam 4 petang itu melanda kawasan berkenaan sehingga mengakibatkan air mula melimpahi sistem saliran dan keadaan bertambah teruk, apabila kurang dua jam setelah itu, air memenuhi laluan depan deretan kedai.

Peniaga mendakwa banjir kilat itu disyaki berpunca daripada masalah sistem saliran di kawasan itu serta masalah sampah.

Peniaga kain, M Veeraman, 48, berkata, perkara itu sudah banyak kali dibawa ke pengetahuan pihak berkuasa.

“Malah wakil rakyat kawasan ini pun sudah banyak kali membangkitkan isu ini... dan hari ni (semalam) kejadian yang kita bimbang benar-benar terjadi,” katanya yang risau kerana jika keadaan tersebut berlarutan ia akan merencatkan aktiviti perniagaan kawasan tersebut.

Sebelum ini pada sambutan Deepavali peringkat negeri Selangor, Sabtu lalu, Adun Kota Alam Shah, V. Ganibatirau menyuarakan perkara berkenaan di hadapan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta menyelesaikan masalah sistem saliran di kawasan Jalan Tengku Kelana.

“Masalah ini sudah lama berlarutan. Saya harap ia diberi perhatian demi kebaikan semua pihak khususnya peniaga di sini.

"Jangan sampai ada banjir berlaku baru pihak berkuasa bertindak,” demikian ucapannya dalam program berkenaan.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:33:43 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page