Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Air melimpah masuk dalam restoran

image
 
 KLANG, 29 Oktober 2014 - Rata-rata peniaga dan orang awam mendakwa banjir kilat di sini, kelmarin disyaki berpunca daripada sistem saliran di kawasan itu yang bermasalah.

Tinjauan Sinar Harian di sekitar kawasan itu semalam mendapati, kebanyakan longkang di belakang premis perniagaan dipenuhi sampah malah penutup longkang juga pecah.

Pengusaha restoran, N Nadarajan, 68, berkata, pihak berkuasa diminta memberi tumpuan kepada sistem saliran di kawasan ini.

“Kelmarin masa banjir berlaku, dalam tempoh 15 minit sahaja air dah melimpah ke kawasan ini.

“Paling sedih bila air melimpah masuk dalam restoran saya, sampai lebih 10 pelanggan yang sedang minum ketika itu terkejut,” katanya yang berniaga di situ sejak 15 tahun lalu.

Menurutnya, kejadian itu jelas mengganggu perniagaannya dan peniaga lain.

“Bila kedai dimasuki air, pelanggan tak mahu datang ke kedai ini.

“Kalau banjir kerap berlaku, saya dan peniaga di sini akan rugi.

“Saya harap pihak berkuasa dapat selenggara longkang di kawasan ini yang dilihat punca berlakunya banjir kilat kelmarin,” katanya.


Orang ramai perlu ubah sikap

Pengurus butik, S Vijay, 35, berkata, dia bernasib baik kerana gedung pakaiannya tidak dimasuki air dalam kejadian banjir kilat kelmarin.

“Tapi saya yakin kalau hujan lebat berterusan dalam setengah jam lagi, kedai ini mesti masuk air juga sebab depan kedai saya pun dah penuh dengan air,” katanya.

Menurutnya, sikap peniaga dan orang awam yang gemar membuang sampah juga faktor antara berlakunya sistem saliran tersumbat hingga mengganggu proses pengaliran air.

Peniaga cendol, Anuar Abd Hamid, 43, berkata, sikap orang ramai yang gemar membuang sampah itu harus dibendung.

“Kalau pihak berkuasa bersihkan longkang sekalipun, tapi sikap mereka tak berubah, masalah itu takkan selesai, mungkin ia akan berulang lagi.

“Saya harap peniaga dan orang ramai tidak membuang sampah dalam longkang termasuklah sisa makanan macam nasi, minyak, sayuran dan plastik,” katanya.

Peniaga buah, D Vadivu, 55, berkata, penutup longkang yang pecah harus diganti semula agar sampah yang dibuang tidak memasuki longkang.

“Di Jalan Tali Air ini banyakr penutup longkang yang pecah.

“Bila angin terbangkan sampah, ia masuk dalam longkang. Itu yang sebabkan longkang tersumbat,” katanya.

Dalam kejadian kelmarin, banjir kilat yang melanda di Jalan Tengku Kelana dan Jalan Tali Air menyebabkan beberapa premis perniagaan dimasuki air sekitar jam 4.30 petang hingga 6 petang.


Sedut air dari kawasan banjir

Sementara itu, Adun Kota Alam Shah, V Ganabatirau berkata, beliau sudah membawa perkara ini ke peringkat kerajaan negeri.

"Tahun lepas ia sudah dibincangkan untuk melaksanakan projek besar menerusi Jabatan Pengaliran Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mengatasi banjir di negeri ini.

“Banjir itu bukan hanya libatkan kawasan Klang, malah meliputi Sungai Rasau dan Batu 3, Shah Alam,” katanya.

Beliau yang juga Exco Selangor berkata, pihaknya juga sudah berbincang dengan Majlis Perbandaran Klang (MPK) kelmarin, untuk membeli dua pam bagi menyedut air dari kawasan banjir Jalan Tengku Kelana ke Sungai Klang.

“Banjir di kawasan Jalan Tengku Kelana juga ada kaitan dengan pembangunan dan struktur saliran yang tidak terancang,” katanya.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:35:07 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page