Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Pekerja maut terperangkap dalam api

 

KLANG, 17 November 2014 - Seorang pekerja warga asing maut selepas terperangkap dalam kebakaran membabitkan tingkat satu di atas sebuah restoran di Jalan Haji Sirat, lewat petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 itu, mangsa yang berusia 38 tahun dikatakan sedang tidur di tingkat atas premis tempatnya bekerja.

Mangsa dipercayai gagal untuk menyelamatkan diri berikutan api semakin marak dengan cepat.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang, Pegawai Bomba Tinggi Mohd Fauzi Kadri berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 6.44 petang.
“Dua jentera dari BBP Sungai Pinang dan Kota Raja dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kira-kira 11 minit kemudian, kita tiba di lokasi kejadian bagaimanapun hampir 70 peratus bahagian bilik tidur yang terletak di tingkat atas sudah terbakar,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian itu.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk proses bedah siasat,” katanya.

Kemaskini pada 2014-12-02 09:37:03 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page