Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Pelajar tingkatan tiga cedera dibuli senior

KLANG, 23 November 2014 – Seorang pelajar tingkatan tiga cedera selepas dibuli dalam satu kejadian di sebuah sekolah asrama di Sungai Bertih, dekat sini, awal pagi Selasa lalu.

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 2 pagi tersebut berlaku ketika mangsa dan empat rakannya yang lain sedang tidur, lalu datang seorang pelajar senior mengejutkan mereka.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Goh Lee Fook berkata, mangsa dan rakannya yang terkejut dengan kehadiran pelajar senior berkenaan kemudian diarahkan ke tingkat satu asrama sekolah berkenaan.

“Kerana ketakutan, mangsa kemudian terpaksa mengikuti kehendak pelajar senior berkenaan.

“Bila sampai di tingkat berkenaan, mangsa terkejut bila mendapati seramai lima pelajar tingkatan lima telah berkumpul dengan keadaan lampu yang dipadam,” katanya.

Beliau berkata, mangsa bersama rakannya kemudian diarah membuat posisi tekan tubi sebelum dipukul dipercayai menggunakan kaki, tangan, topi keledar dan selipar oleh pelajar senior berkenaan.

Katanya, keesokan harinya mangsa pulang ke rumah dan memaklumkan kepada ibu bapa sebelum membuat laporan polis.

“Akibat kejadian tersebut, mangsa bersama rakannya mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan. Siasatan masih dijalankan dan dipercayai berpunca akibat rasa tidak puas hati terhadap mangsa dan rakannya tidak menghormati pelajar senior,” katanya.

Difahamkan, enam pelajar senior berkenaan sudah hadir ke balai polis untuk beri keterangan, kira-kira jam 10 pagi, semalam, sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.
Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Kemaskini pada 2014-12-02 09:42:58 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page