Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Sempat selamat isteri, anak

KLANG, 25 November 2014 - “Saya dengar jiran jerit dengan kuat api, api. Saya terus berlari keluar dan terkejut tengok api sedang marak di tingkat atas rumah jiran sebelah,” demikian cerita K Nagendren, 39, berkenaan detik cemas ketika kejadian kebakaran yang menimpa rumahnya dan dua jiran di Jalan Puji Satu, 25/120 A di sini, malam Jumaat, minggu lalu.

Dalam kejadian sekitar jam 11.30 malam itu, sebuah rumah kos rendah terbakar teruk manakala dua lagi hanya rosak sebahagian menyebabkan tiga keluarga nyaris tinggal sehelai sepinggang.

Nagendren berkata, ketika kejadian, dia bersama anaknya berusia empat tahun sedang menonton televisyen di tingkat bawah rumah.

“Isteri dan anak bongsu saya berusia tiga tahun tidur di bilik atas.

“Bila dengar jeritan, saya bergegas ke luar rumah dan terkejut lihat api sedang marak,” katanya.

Menurutnya, dia kembali ke rumah menutup suis utama serta mengejutkan isteri dan anak.

“Masa tu ada dua jiran alihkan kenderaan dan bawa keluar barang yang mana sempat.

“Saya dan jiran tak dapat padamkan api kerana kebakaran berlaku di tingkat atas,” katanya yang bekerja di sebuah kilang di Kota Kemuning.

Dia yang tinggal di rumah itu sejak tujuh tahun lalu berkata, salah seorang jiran terus menghubungi bomba.

“Kebakaran itu menyebabkan ruangan bilik rumah saya di tingkat atas termasuk dinding dan peralatan bilik tidur musnah.

“Keseluruhan kerugian termasuk kos membaiki semula dinding dianggarkan berjumlah RM20,000,” katanya kepada Sinar Harian selepas menerima sumbangan wang tunai daripada Pejabat Adun Sri Muda.

Wakil Adun Sri Muda yang juga Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Zon N9, S Ruthira berkata, sejumlah wang tunai RM4,000 diserahkan kepada tiga mangsa kebakaran termasuk seorang pemilik rumah.

“Salah seorang mangsa adalah penyewa dan sumbangan diberikan kepada pemilik rumah untuk membaiki kerosakan.

“Bantuan kewangan ini diberi bagi mengurangkan beban mangsa kejadian dan menerusi bantuan ini mereka dapat membeli keperluan asas yang sepatutnya,” katanya.

Kemaskini pada 2014-12-02 09:42:04 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page