Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Kisah susah ayah penguat semangat

 
KLANG, 3 Disember 2014 - Kesusahan dan keperitan hidup yang dilalui bapa dijadikan pendorong untuk D. Jaagadeep, 12, memperoleh 6A1C dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.

Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Simpang Lima ini berkata, bapa dan neneknya sering bercerita kepadanya mengenai kesusahan hidup yang dilalui mereka ketika tinggal di Ladang Selangor River, Bukit Rotan, Kuala Selangor sekitar 1970-an yang dijadikan semangat untuk dirinya memajukan diri dalam pelajaran..

“Ayah cerita dia terpaksa pakai kasut koyak ke sekolah dan jadikan guni sebagai beg sekolah. Sudahlah tu, ayah beritahu dia perlu berjalan kira-kira dua kilometer ke sekolah.

"Bila dengar cerita susah ayah, saya jadi bertambah semangat untuk pandai dalam pelajaran," katanya sambil memberitahu bapanya berpesan hanya dengan pelajaran mampu mengubah kehidupan.

Menurutnya, atas usaha bapanya yang terpaksa bersusah ketika zaman sekolah dahulu, kini mampu membawa keluarga mereka keluar daripada kemiskinan.

"Sekarang ni kehidupan keluarga bolehlah tarik nafas lega..." katanya sambil memberitahu pengalaman bapa dan nasihat yang diberikan akan dijadikan pegangan hidup.

Dia yang bercita-cita menjadi seorang saintis memberitahu, sikapnya yang cepat bosan apabila mengulang kaji pelajaran dalam tempoh lama membuatkannya perlu lebih tekun ketika berada di dalam bilik darjah.

"Saya cepat bosan kalau ulang kaji seorang diri dalam tempoh lama. Sebab itu, masa cikgu ajar saya dengar betul-betul. Kalau tak faham, saya terus tanya. Bila balik rumah saya cuma hafal yang cikgu dah ajar dalam tempoh sejam ke dua jam sahaja," katanya yang turut mengikuti kelas tambahan di sekolah.

Sementara itu, bapanya K. Deepakaran, 46, berkata, dia dari keluarga yang susah dan tidak mahu anak-anaknya melalui kehidupan sukar sepertinya sebelum ini.
 

Kemaskini pada 2014-12-08 10:48:26 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page