Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Murid maut digilis treler

  image
KLANG, 8 Disember 2014- Hasrat seorang murid meneruskan pelajaran ke tingkatan satu tahun hadapan tidak kesampaian apabila mangsa maut digilis sebuah treler dari arah Kapar menghala Jalan Haji Musran, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengahari itu, mangsa, Nurul Hanis Zainal Abidin,12, beralamat di Taman Kembara 2, Jln Genting 5ku/4 yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam merangkap Ketua Trafik IPD Klang Utara, Asisten Superintendan Zawary Mahadi berkata, kejadian berlaku apabila mangsa menunggang motosikal dari arah Kapar menghala Jalan Haji Musran.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa yang berada di lorong kiri jalan telah bergesel dengan treler yang juga dari arah yang sama.

“Akibat geselan itu, mangsa terjatuh ke jalanraya lalu kepalanya digilis treler tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, mangsa yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

“Sementara itu, rakaman percakapan terhadap pemandu treler berusia 45 tahun sudah dibuat.

“Ujian saringan air kencing mendapati pemandu itu negatif dari sebarang kesan alkohol ataupun dadah,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan itu.

Zawary berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.
 

Kemaskini pada 2016-05-20 12:33:04 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page