Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Siasat semula jika tidak sah

  image
KLANG, 13 Januari 2015 - Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengarahkan lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) meneliti semula prosedur pemecatan bekas kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB), sama ada wujud isu penganiayaan dalam kes tersebut.

Beliau berkata, sekiranya mereka (bekas kakitangan PHSB) dianiaya, maka ia perlu diberikan keadilan sewajarnya.

Katanya, meskipun beliau turut menjadi mangsa dalam konflik pemecatan berkenaan, namun sebagai ahli politik perkara itu tidak menjadi masalah untuknya.

Sebaliknya ia berbeza dengan nasib penjawat awam.

“Saya beritahu lembaga pengarah PKNS bahawa saya boleh tangani pemecatan berkenaan. Saya ahli politik, jika dipecat ia boleh diuruskan.

“Tetapi mereka (lembaga pengarah PKNS) harus berlaku adil kepada penjawat awam dan pegawai yang dipecat. Sebab itu saya arahkan mereka kaji semula prosedur pemecatan, sekiranya wujud unsur-unsur tidak adil dan penganiayaan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kerabat Selangor kepada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di sini, semalam.

Timbalan Presiden PKR itu berkata, kontroversi pemecatan bekas kakitangan PHSB ini memakan masa hampir setahun, malah perkara ini dibawa dalam mesyuarat lembaga pengarah PKNS.

“Saya bawa perkara ini dalam mesyuarat lembaga pengarah PKNS dan kita dah bincang. Saya harap keadilan diberikan kepada mereka yang terlibat.

“Bagaimanapun pengurusan PKNS perlu melihat semula proses penyingkiran yang dibuat pada ketika itu,” katanya.

Beliau berkata, isu pemecatan itu diserahkan kepada pengurusan PKNS untuk diteliti terlebih dahulu, sama ada penyingkiran pada Februari tahun lalu itu mengikut asas dan pertimbangan yang betul.

“Sekiranya ada unsur-unsur yang tidak adil maka kena perbetulkanlah, saya serah pada pengurusan untuk kaji semula kerana sudah lama tertunda,” katanya.

Sebelum ini, bekas kakitangan PHSB memaklumkan surat mereka yang dikirimkan ke pejabat menteri besar terus dipandang sepi dan nasib mereka tiada pembelaan.
 

Kemaskini pada 2016-05-20 12:31:27 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page