Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Halang MPK roboh gerai

  KLANG, 23 Januari 2015– Tindakan pihak berkuasa mahu merobohkan puluhan gerai milik peniaga di bahu jalan berdekatan Pangsapuri Seri Perantau, Pelabuhan Klang pagi semalam tidak berhasil, apabila dihalang ratusan penduduk dan orang awam.

Sekitar jam 8 pagi, pihak berkuasa berada di lokasi berkenaan, bagaimanapun ia tertangguh hingga beberapa jam dan sekitar jam 1 petang, keputusan sebulat suara dibuat dengan membatalkan operasi perobohan itu selepas pihak berkuasa bersetuju melanjutkan tempoh perbincangan.

Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Zon N45 (B) kawasan Selat Klang, Abdul Razak Abdul Rashid berkata, pihak Pejabat Daerah dan Tanah Klang dibantu Majlis Perbandaran Klang dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahu merobohkan gerai itu kerana terdedah kepada pelbagai risiko termasuk menghalang laluan.

“Perobohan premis itu melibatkan 20 peniaga termasuk yang menjalankan perniagaan di bawah pangsapuri Seri Perantau itu.

“Sebelum ini hanya sejumlah peniaga menjalankan perniagaan di situ tetapi jumlahnya semakin bertambah.

“Saya dimaklumkan notis sudah diberikan kepada peniaga dan ditampal di gerai masing-masing dan tindakan perobohan dijalankan bertarikh hari ini (semalam),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini pihak MPK sudah mengarahkan peniaga berpindah ke tapak yang disediakan iaitu di kawasan padang yang tidak jauh dari lokasi berkenaan.

“Tapak itu disediakan majlis dengan tujuan pemutihan dan penyusunan semula yang mana peruntukan pembinaan dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) berjumlah kira-kira RM110,000.

“Tetapi  aktiviti memasak tidak dibenarkan dan peniaga perlu menjual makanan yang sudah dimasak. Saya yakin atas faktor itu menyebabkan peniaga enggan berpindah,” katanya.

Dalam pada itu katanya, kerja-kerja merobohkan gerai ditangguhkan sementara waktu selepas campur tangan Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali yang memberi peluang kepada peniaga mencadangkan tapak baharu kepada pihak MPK.

“Kata mereka tapak baru yang disediakan majlis tidak ada struktur bangunan. Mereka tak selesa nak berniaga,” katanya.

Justeru itu, kata Abdul Razak, pihaknya akan membawa isu berkenaan ke Mesyuarat Jawatankuasa Kemasyarakatan pada Februari depan bagi membincangkan isu ini lebih lanjut.
 

Kemaskini pada 2015-01-27 11:36:47 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page