Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Bimbang ancaman radiasi

  KLANG, 25 Januari 2015– Tindakan pihak tertentu memasang pencawang dan pemancar di kawasan kediaman penduduk didakwa boleh mendatangkan kesan radiasi serta ancaman kesihatan kepada penduduk sekitar.

Tinjauan Sinar Harian mendapati pemancar itu dipasang hanya kira-kira 50 meter daripada kediaman penduduk di Taman Wangi, Jalan Tepi Sungai 4E, Telok Pulai, di sini.
Penduduk, Gan Puh Kon, 65, berkata, pencawang pemancar itu dipasang hampir dua tahun.

“Saya perasan ada pekerja sedang membuat pemasangan. Ingatkan mereka nak pasang lampu. Kawasan ini gelap, memang eloklah kalau mereka pasang lampu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, selepas ia siap didirikan, dia pelik apabila tiang lampu itu menyerupai alat pemancar untuk talian telefon.

“Kemudian, dua telefon awam dibina di tiang berkenaan, tapi sampai sekarang telefon itu tidak berfungsi.

“Saya syak mereka sengaja pasang lampu dan letak dua telefon awam bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan penduduk. Saya harap pihak berkuasa ambil tindakan kerana bimbang ancaman radiasi kepada penduduk di sini,” katanya ketika meluahkan perkara itu kepada Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Zon N45 (B) kawasan Selat Klang, Abdul Razak Abdul Rashid, di sini, kelmarin.

Sementara itu, Abdul Razak berkata, pihak yang memasang pencawang berkenaan diminta membuka segera binaan pencawang dan pemancar itu yang dikhuatiri boleh membawa risiko radiasi kepada penduduk di kawasan tersebut.

“Kita beri tempoh dalam dua minggu. Pihak tersebut harus mendapatkan kebenaran merancang daripada pihak majlis.

“Sebelum ini syarikat berkenaan ada menyatakan  bahawa perkara itu dicadangkan dan dibincangkan di peringkat majlis pada 20 Februari 2013 untuk mendirikan struktur pelbagai guna dan telefon awam GSM serta ruang iklan,” katanya.

Menurutnya, surat dikeluarkan kepada syarikat itu pada 5 September 2013 lalu oleh Jabatan Penilaian.

"Surat itu memaklumkan pertimbangan tidak dapat diberi sehingga mendapat kelulusan daripada Pejabat Tanah dan Daerah serta tiada kelulusan rasmi diberi kepada syarikat itu," katanya.
 

Kemaskini pada 2015-01-27 11:37:04 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page