Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Tujuh ditipu syarikat beli kereta

  KLANG, 26 Januari 2015 – Hasrat tujuh mangsa menjual kereta mereka kepada sebuah syarikat menerusi 'online' berakhir dengan kerugian apabila ditipu dalam urus niaga tersebut.

Syarikat yang dimiliki seorang peniaga berpangkat ‘datuk’ itu bukan sahaja gagal melunaskan bayaran, bahkan juga tidak menukar nama geran atau status kereta.

Mangsa, Mohd Zainorizam Mohammad, 28, berkata, dia berhasrat menjual kereta jenis Perodua Myvi Se yang dibeli pada 2013 lalu dengan harga RM42,500.

Menurutnya, dia mahu menjual kereta itu untuk membeli Honda Jazz, lalu mengiklankannya menerusi sebuah portal jual-beli pada 18 Oktober tahun lalu.

"Dua hari lepas tu, saya terima panggilan daripada individu yang mahu beli kereta dan setuju bayar RM1,000, sekali gus saya tak payah buat penambahan pada bayaran.

“Kami kemudiannya bertemu di pejabat syarikat itu di Jalan Pahang dan saya menerima bayaran. Selang beberapa jam, individu itu datang ke rumah saya di Seremban untuk ambil kereta dan beberapa dokumen. Saya ingat proses jual kereta termasuk tukar nama semua dah selesai,” katanya kepada Sinar Harian bersama enam lagi mangsa yang berdepan masalah sama tampil meluahkan perkara itu kepada aktivis masyarakat Klang, Peter Tan Hock Chai, semalam.

Malangnya, Zainorizam yang juga penjawat awam berkata, beberapa minggu kemudian, dia terkejut menerima panggilan sebuah bank yang meminta menjelaskan bayaran bulanan kenderaan itu.

Menurutnya, selang sebulan, bank yang sama masih menghubungi minta jelaskan bayaran dan dia mula menyedari yang proses menukar nama masih belum dibuat.

“Risau berlaku perkara tidak sepatutnya, saya buat laporan polis di Balai Jalan Tun Razak, Wangsa Maju pada 20 Januari lalu.

“Saya minta syarikat itu pulangkan semula kereta, tapi kos yang diminta tidak masuk akal hingga cecah RM5,780,” katanya.

Khuatir masalah berlarutan, katanya, dia bersetuju untuk jelaskan bayaran itu pada syarikat tersebut.

“Tapi mereka bagi syarat supaya saya tarik balik laporan polis. Lebih menyedihkan, saya terpaksa jelaskan bayaran bulanan kepada bank walaupun kereta hilang,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Lim Yee Boon, 30, berkata, dia turut mengiklankan di portal yang sama pada Jun tahun lalu untuk menjual kereta Mercedes Benz C180K dengan harga RM123,000.

“Individu dari syarikat sama di Jalan Pahang hubungi saya untuk beli kereta ini dan pada bulan yang sama, kami jumpa untuk urusan pengambilalihan kereta.

“Selepas urusan itu selesai, tiga bulan kemudian, pihak bank hubungi minta saya lunaskan bayaran bulanan kereta iaitu RM2,200 sebulan.

“Saya terkejut dan baru sedar rupanya dokumen yang saya tandatangani itu palsu,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak 21 Oktober 2014.

Sementara itu, Peter Tan berkata, kesemua mangsa berjaya dikumpulkan selepas mereka bertemu menerusi Facebook.

“Saya akan bersama-sama mangsa bawa kes ini ke Bukit Aman untuk tindakan lanjut. Kami syak wujud ketirisan hingga kes mangsa gagal diselesaikan.,” katanya
 

Kemaskini pada 2015-01-27 11:37:34 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page