Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Pusat karaoke tawar GRO seksi diserbu

  KLANG, 18 Februari 2015– Sebuah pusat karaoke dipercayai menawarkan khidmat GRO untuk kegiatan pelacuran diserbu polis dalam satu serbuan Ops Noda di Taman Desawan, awal pagi semalam.

Ketua Unit Maksiat Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Asisten Superintendan Ibrahim Husin berkata, hasil risikan selama dua minggu, operasi kira-kira jam 1.15 pagi berjaya menahan 33 wanita warga Vietnam, China dan Indonesia.

Menurutnya, kesemua GRO berusia antara 19 hingga 35 tahun ditahan ketika sibuk melayan pelanggan.

“Semasa pemeriksaan dijalankan, muzik sedang dimainkan dengan kuat dan terdapat kira-kira 100 pelanggan di dalam premis tersebut yang mempunyai 30 buah bilik karaoke.

“Kita hadapi sedikit kesukaran berikutan premis tidak mempunyai lesen berkenaan hanya boleh dimasuki oleh pelanggan tetap sahaja,” katanya.

Beliau berkata, GRO akan menggoda pelanggan sebelum mengenakan harga lingkungan RM200 hingga RM300 untuk sekali perkhidmatan seks. Pelanggan yang bersetuju kemudian akan membawa GRO berkenaan ke hotel berdekatan untuk aktiviti tersebut.

Katanya, turut ditahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai pengurus premis berusia 40 tahun.

“Operasi hampir dua jam itu turut mendapati premis pernah diserbu pada November tahun lalu. Selain itu, turut dirampas wang tunai kira-kira RM540, pembesar suara dan mikrofon.

“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen, Seksyen 6(1) C Akta Imigresen dan Seksyen 39b Peraturan Imigresen,” katanya.
 

Kemaskini pada 2015-02-23 08:43:26 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page