Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Roboh jika masih degil

  KLANG, 3 Mac 2015 - Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan meneruskan tindakan perobohan struktur binaan tanpa kebenaran menerusi operasi bersepadu seperti mana yang dilaksanakan tahun lepas.

Yang Dipertua MPK, Datuk Mohammad Yacob berkata, sebanyak 23 struktur binaan tanpa kebenaran dirobohkan pada 2014 melibatkan kedai makan, premis mencuci kenderaan, bengkel, papan iklan, tanjakan dan stor simpanan kayu sekitar kawasan ini.

Katanya, tahun ini sebanyak enam struktur binaan haram sudah dirobohkan.

“Ia melibatkan gerai, premis mencuci kenderaan, khemah dan pelbagai struktur lain bermula Januari lalu.

“MPK akan terus mengadakan operasi seperti itu terhadap mana-mana struktur yang dibina tanpa kebenaran majlis bagi memastikan peruntukan undang-undang mengikut Akta Parit, Jalan dan Bangunan (Akta 133) dipatuhi oleh semua pihak,” katanya.

Menurutnya, operasi yang diadakan itu juga lebih kepada memberi peringatan kepada warga Klang agar menghormati perundangan yang ditetapkan berkaitan struktur yang didirikan terutamanya di kawasan ini.

“Kita juga akan melaksanakan beberapa siri operasi dan juga tindakan penguatkuasaan perobohan ke atas salah satu bangunan dalam masa terdekat dan premis tersebut sudah dikenal pasti.

“Operasi yang dijalankan ini juga berdasarkan aduan awam terutamanya daripada penduduk setempat yang membantah kewujudan premis haram di kawasan itu dan meminta tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dilakukan,” katanya.
 

Kemaskini pada 2015-03-04 08:03:28 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page