Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

SMK Bukit Kapar siap 2016

  KLANG, 29 Mac 2015 - Penduduk Bukit Kapar bakal menikmati kemudahan sekolah menengah apabila Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kapar dijangka siap sepenuhnya Februari tahun hadapan.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan persekutuan sudah memperuntukkan dana sejumlah RM23 juta bagi projek berkenaan.

“Kelulusan untuk membina SMK Bukit Kapar ini sebenarnya sudah pun diluluskan pada 2012 oleh Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jadi kita harap, ia boleh siap seperti yang kita rancangkan. Pihak kontraktor ada masa setahun dari sekarang untuk menyiapkan projek tersebut.

“Jaminan kontraktor juga sudah diberikan dan mereka mampu menyiapkan sekolah itu untuk tempoh yang dijangka menggunakan kaedah pasang siap,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah dan Kesyukuran sempena pembinaan SMK  Bukit Kapar, kelmarin.

Katanya, penduduk di situ sangat memerlukan sekolah berkenaan kerana mempunyai kepadatan yang tinggi.

“Kebanyakan penduduk di sini terpaksa keluar dari sini hingga ke Puncak Alam untuk ke sekolah. Sebahagian lagi terpaksa ke Meru dan ada juga ke Kapar. Di Meru sahaja, pelajarnya sudah ada lebih 4,000 orang.

“Diharapkan dengan pembinaan sekolah ini mampu mengimbangi jumlah pelajar di tiga sekolah itu,” katanya.

Noh berkata, sekolah itu bakal menempatkan 25 kelas, mempunyai lima blok dan setiap blok bangunan mempunyai tiga tingkat.
 

Kemaskini pada 2015-03-30 07:59:15 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page