Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Portal Rasmi
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG
Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCAN


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN

ADUAN PENCEROBOHAN / PENYALAHGUNAAN TANAH KERJAAN SCAN

Operasi mencari DJ Kahong dihenti

KLANG, 13 Ogos 2015  - Misteri kehilangan DJ sambilan, Azhar Mohamad, 45, atau lebih dikenali DJ Kahong belum terungkai apabila operasi pencarian hari kedua menemui jalan buntu.
 
Operasi juga dihentikan berikutan maklumat awam mengesyaki mangsa tidak berada di lokasi kejadian.
 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Athan berkata, operasi mencari dan penyelamat mangsa dihentikan jam 4.30 petang semalam selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan polis.
 
“Kita simpulkan mangsa tiada di lokasi selepas mengambil kira maklumat rakan mangsa dan keluarga.
 
“Oleh itu, pusat operasi di sini ditutup secara rasmi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Menurutnya, operasi pencarian selama dua hari turut melibatkan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Skuad Pantas Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan juga pihak bomba sendiri.
 
Berikutan kehilangan mangsa pada Isnin lalu, pelbagai spekulasi timbul berdasarkan cakap-cakap rakan dan kenalan terdekat apabila mangsa didakwa berada di tempat lain.
 
Mengulas perkara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Nor Omar Sappi berkata, polis sudah berbincang dengan bomba untuk menghentikan operasi selepas mengambil rakaman percakapan daripada keluarga, rakan-rakan DJ dan juga kenalannya.
 
Dalam pada itu, pihak Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Selangor (Selangor FM) semalam menafikan yang Azhar bekerja sebagai DJ sambilan di stesen radio tersebut.
 
Pengarah Selangor FM, Dr Syafiq Alfonse berkata, Azhar Mohamad atau Kahong bukan DJ di Selangor FM.
 
“Memang diakui nama beliau sama dengan DJ kita Azhar Mohamad atau Damak dan juga Azhar Mamat.
 
“Bagaimanapun Damak yang bertugas sebagai DJ dan juga penerbit sudah meninggal dunia setahun lalu.
 
“Azhar Mamat pula masih bertugas sebagai juruteknik di unit kamera TV,” katanya.
 
Katanya, pihaknya kesal apabila mangsa yang hilang dikaitkan dengan Selangor FM sehingga menerima panggilan bertalu-talu daripada orang ramai yang bertanyakan kes kehilangan mangsa.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:18:30 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page