Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Lelaki dakwa kena tembak

KLANG, 22 Ogos 2015 – Seorang lelaki berdepan detik mencemaskan apabila dia ditembak ketika dalam perjalanan ke sebuah tokong di Taman Eng Ann, Meru, awal pagi semalam.
 
Difahamkan, kejadian berlaku selepas mangsa berusia 45 tahun yang menaiki kereta jenis Honda CRV menghala ke Klang.
 
Menurut sumber, bagaimanapun, kira-kira jam 2.30 pagi, polis menerima panggilan dari mangsa mendakwa dirinya telah ditembak dan sedang menerima rawatan di Hospital Sri Kota.
 
“Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan.
 
“Susulan itu, mangsa yang berasal dari Sungai Keramat, Klang, dimasukkan ke bilik pembedahan beberapa jam kemudian,” katanya.
 
Tambah sumber, laporan perubatan memberitahu mangsa cedera di paha kiri dan perut selepas menerima dua das tembakan.
 
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan pihaknya masih memburu suspek yang terlibat.
image

Kemaskini pada 2016-05-20 12:14:09 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page