Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Portal Rasmi
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG
Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCAN


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN

ADUAN PENCEROBOHAN / PENYALAHGUNAAN TANAH KERJAAN SCAN

Urus sampah Pulau Ketam

KLANG, 21 Sept 2015 – Penduduk Pulau Ketam bakal menerima pengurusan pelupusan sampah yang lebih baik pada tahun hadapan bagi menggantikan sistem sedia ada.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Daroyah Alwi berkata, kira-kira RM500,000 telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.

Katanya, pelantikan pengurusan baharu adalah satu daripada langkah baru dalam usaha memelihara kebersihan Pulau Ketam yang menjadi destinasi pelancongan di negeri ini.

“Bajet yang dibentangkan telah dipersetujui dan salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri telah dilantik untuk menguruskannya,” katanya selepas sidang media Program Kem Perubatan Sihat Selangor di sini, semalam. 

Katanya, pengurusan bermula tahun depan kerana pelaksanaan mekanisme masih berada dalam peringkat perbincangan.

“Kami masih lagi berbincang mekanisme pelaksanaannya kerana cara pengendalian sampah di darat dengan di laut berbeza. Kami nak tahu bagaimana sampah yang dibuang nanti diselenggarakan  sebelum membawanya ke pusat pelupusan,” katanya.

Menurutnya, keputusan menggantikan pengurusan sedia ada berpunca daripada pelupusan sampah pengurusan lama yang tidak teratur dan sempurna.

Katanya, kontraktor sebelum ini hanya melakukan kutipan dua kali seminggu untuk dilupuskan di daratan. Manakala kerja-kerja kutipan sampah pula kebanyakannya dilakukan oleh sukarelawan yang juga penduduk di sini.

Menerusi pengurusan baru itu katanya, satu sistem pelupusan yang lebih sistematik, sekali gus memupuk sikap mementingkan kebersihan di kalangan penduduk.

“Saya harap pengurusan baru nanti akan memupuk budaya menjaga kebersihan yang boleh mengindahkan lagi tempat ini.  Bila dah bersih nanti  lebih ramai lagi pelancong akan menyukai dan mengunjungi  Pulau Ketam,” katanya.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:13:26 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page