Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Siti Mariah nafi lepas tangan

KLANG, 30 NOV 2015 - Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud menyifatkan banjir kilat di Taman Maznah beberapa hari lalu berkaitan dengan air laut pasang besar sehingga mencecah kira-kira 5.3 meter. Menurutnya, air laut pasang besar itu dijangka sudah bermula sejak 26 November lalu hingga 4 Januari depan.

“Dakwaan penduduk yang mengatakan banjir kilat pada hari berkenaan setinggi kira-kira 65 milimeter (mm) berkaitan dengan sistem saliran bermasalah di kawasan itu hanyalah faktor tambahan.

“Pada hari kejadian, air laut pasang menyebabkan air di daratan tidak dapat mengalir ke laut ekoran berlaku pertembungan,” katanya.

Beliau berkata, dakwaan penduduk Taman Maznah menuduh pihaknya lepas tangan dalam isu banjir adalah tidak benar sama sekali.“Bukan saya tak nak turun padang masa kejadian, tapi saya berada di parlimen. Saya dalam sesi soal jawab berkenaan isu banjir.

“Tapi saya sudah arahkan Pegawai Khas, Mohd Azmi Jusoh dan petugas lain untuk buat pemantauan dan tindakan yang seharusnya di lokasi,” katanya kepada Sinar Harian menjawab dakwaan penduduk Taman Maznah bahawa beliau gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai ahli parlimen kawasan itu.

Siti Mariah yang bergelar wakil rakyat kawasan itu selama dua penggal berkata, petugas berada di Sungai Bukit Rimau sehingga jam 1 pagi menunggu pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Klang membawa pam bagi mengepam air banjir dari kawasan kediaman penduduk.

“Jam 8 malam, lapan pintu air utama di kawasan Kota Raja dibuka bagi membolehkan air mengalir ke laut,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, pada Selasa lalu, Jurutera JPS Daerah Klang memohon peruntukan daripada kerajaan negeri untuk menaik taraf longkang-longkang sedia ada bagi mengatasi banjir di kawasan Kota Raja.

 “Cadangan berkenaan melibatkan longkang besar di Taman Maznah, Kampung Jawa, Sentosa, Bandar Puteri, Kampung AC, Jalan Kebun, Lorong Ehsan Jalan Kebun, Masjid Bukit Naga dan Surau Bukit Rimau.

“Kerja-kerja menaik taraf pam di Taman Seri Muda turut dicadangkan yang keseluruhannya melibatkan kos puluhan juta ringgit,” katanya. Kata Siti Mariah lagi, kerja-kerja berkenaan dijangka siap November 2016.

Terdahulu, penduduk Taman Maznah mendakwa Dr Siti Mariah gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat kawasan itu ekoran gagal menemui penduduk pada masa kejadian, Khamis lalu bagi membolehkan penduduk mengadukan perkara itu.
image

 

 

 


Kemaskini pada 2016-05-20 11:50:12 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page